[Ajaran ini turut memainkan peranan mengekalkan
persefahaman dan perpaduan dalam masyarakat.]
Konsep hidup bermasyarakat sudah
wujud dalam budaya penduduk India sejak bermulanya Tamadun Lembah Indus pada
sekitar tahun 2500 Sebelum Masehi. Masyarakat India pada waktu itu terbukti sudah
membentuk peraturan, norma, etika dan moral sebagai pegangan hidup
bermasyarakat.
Segala peraturan yang disebut
“dharma” dikaitkan pula dengan peraturan agama. Namun, perlu dinyatakan bahawa
konsep “dharma” bukan sebahagian daripada ajaran agama Hindu. Sebaliknya,
kedua-duanya seiring dalam membantu manusia mencapai kehidupan yang sempurna.
Sekiranya dihayati,
perkara-perkara berkaitan “dharma” masih sesuai diguna pakai pada zaman moden
ini. Apatah lagi apabila pelbagai masalah sosial dan keruntuhan moral
dilaporkan berlaku dalam masyarakat.
Konsep “dharma” masih relevan
kerana ajaran yang terkandung di dalamnya adalah – antara lain – berkaitan nilai
kekeluargaan dan norma dalam masyarakat.
Peraturan dan ajaran “dharma”
memainkan peranan penting dalam mengekalkan persefahaman dan perpaduan dalam
masyarakat. Tidak hairanlah terdapat teks berjudul Dharmasastra dalam
budaya India
yang khusus membicarakan konsep “dharma”. - Baca makalah penuh di Mandala Bicara.
(Uthaya Sankar SB sering memaparkan keunikan budaya kaum India menerusi
cerpen-cerpen Bahasa Malaysia yang dihasilkannya. Sila rujuk senarai cerpen DI SINI. Makalah ini disiarkan di Free Malaysia Today pada 7 Mei 2012. © Uthaya Sankar SB. Sila
rujuk juga makalah bertajuk “Dharma sebagai Kod Etika” untuk pemahaman lanjut berhubung topik ini.)