2 Jun 2011

Readings

Sharon Bakar terus giat mengatur siri membaca sebagai usaha mempromosi antologi Readings from Readings. Selepas membaca petikan cerpen “Cat” pada majlis pelancaran buku itu pada 25 Februari 2011, saya juga dijemput membaca beberapa petikan cerpen sama pada acara di Bangsar pada 5 April 2011, MPH MidValley pada 14 Mei 2011 dan MPH 1Utama pada 15 Mei 2011. Pada acara 5 April 2011 dan 14 Mei 2011, saya turut membaca petikan faksyen “Wanita Farsa”. Petikan “The Painted Cat” pula saya baca pada acara di MPH 1Utama pada 15 Mei 2011. Versi ringkas cerpen “Nating” pula saya bacakan semasa acara Readings@Seksan pada 28 Mei 2011. Mengikut jadual, saya akan turut terlibat membaca petikan cerpen dan sajak pada Writers Unlimited Tour yang diselenggarakan Bernice Chauly pada 10-12 Jun 2011. Saya juga diundang membaca pada acara anjuran Sharon Bakar pada 17 Jun 2011 di KLCC dan pada 19 Jun 2011 di Pavillion. Seperti biasa, saya akan memberi keutamaan kepada pembacaan cerpen/sajak Bahasa Malaysia kerana khalayak pelbagai kaum dan latar belakang tetap memberikan sambutan yang menggalakkan. Hal ini berdasarkan pengalaman saya menulis sejak 20 tahun lalu. (Foto oleh Lyana Khairuddin, Readings@Seksan, 28 Mei 2011.)