1 Jun 2011

Come Meet The Writers!

Acara Writers Unlimited Tour akan berlangsung pada 10-12 Jun 2011 di sekitar Kuala Lumpur. Dengan tema “Writing the Truth: Fact or Fiction” acara bertaraf antarabangsa ini antara lain menampilkan pengarang prolifik seperti Abeer Soliman (Mesir), Rodaan al Galidi (Iraq, Belanda), Gunduz Vassaf (Turki), Maaza Mengiste (Ethiopia, Amerika Syarikat), Dain Said (Malaysia), Kee Thuan Chye (Malaysia), Chuah Guat Eng (Malaysia), Uthaya Sankar SB (Malaysia) dan Dipika Mukherjee (India, Malaysia, Amerika Syarikat). Orang ramai diundang ke acara pembacaan teks di Universiti Taylor’s (Lakeside Campus) pada jam 10:30 pagi, 10 Jun 2011. Pada 11 Jun 2011, jam 10:00 pagi pula, acara pembacaan teks dan diskusi bersama para penulis di The Annexe Gallery, Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, hubungi Bernice Chauly menerusi e-mel mulutmata@gmail.com atau talian 012-3230929. [Sila KLIK poster untuk membesarkannya.]