Thursday, 2 June 2011

Jumpa DBP: Azman Mahu Uthaya Jadi Wakil

Susulan cadangan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mahu mengadakan pertemuan dengan pengarang, Azman Hussin berhubung isu cerpennya yang “tercicir” daripada sebuah antologi.

Pengarang kelahiran Kelantan yang kini berada di kampungnya berkata, beliau tidak dapat menghadiri pertemuan yang dicadangkan DBP pada 6 Jun 2011.

“Saya tidak dapat ke DBP. Saya di kampung. Saya tetap mahu wakilkan saudara,” katanya dalam mesej yang dikirim menerusi SMS kepada saya.


Apabila saya menyatakan bahawa amat baik jika beliau (Azman Hussin) menghadiri pertemuan secara langsung bersama pegawai DBP terbabit apabila beliau (Azman Hussin) ke Kuala Lumpur, penulis itu berkata, “Saudara sajalah pergi mewakili saya.”


Azman juga sudah menyediakan surat rasmi untuk menyatakan bahawa beliau melantik saya selaku pemilik Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya untuk mewakili beliau untuk berhubung dan berbincang dengan pihak DBP dalam menyelesaikan isu ini.


Maka, secara rasmi, saya akan mewakili beliau dalam pertemuan bersama pihak DBP pada 6 Jun 2011. - Sila KLIK DI SINI untuk membaca kisah penuh.