Salah seorang daripada mereka memuatkan beberapa keping foto di Facebook untuk tatapan rakan-rakannya. Maka, beberapa kenalan individu itu mengemukakan pertanyaan serta berkongsi kisah mengenai apa yang berlaku sebelum ini; khususnya mengenai insiden pergaduhan pada 20 April 2011.
Salah seorang bekas pelajar menyatakan bahawa dia mendengar khabar bahawa ada guru yang ditumbuk pelajar semasa “rusuhan” [istilah polis] berlaku.
Pada ruangan komen di bawah album foto itu, seorang individu yang dipercayai guru sekolah berkenaan tampil mengatakan bahawa [bahasa dibetulkan] “Tak ada pun cikgu yang kena tumbuk. Jangan percaya khabar angin. Orang yang buat cerita itu tak ada pun di tempat itu semasa peristiwa itu berlaku. Jangan percaya. Konspirasi tu.” [Asal: xdepun cgu yg kena tumbuk tu....jgn pcy khabar angin....org yg buat crt tu xdepun kat tempat tu ms prtw tu blk....jgn pcy...konspiracy tu...]
Guru yang sama turut berkata, “Tak ada apa pun. Kalau nak dibandingkan tahun awal 2000, lagi teruk tau. Ini kira biasa saja, tak ada apa pun.” [Asal: u all...xde apapun klau nak dibdgkan thn awal 2000...lg teruk tau...ni kira biasa je...xde papepun....]
Untuk makluman, pengetua sekarang dipindahkan ke sekolah ini hampir empat tahun lalu. Maka, guru berkenaan sedang membandingkan dengan keadaan sekolah semasa di bawah pentadbiran pengetua lama.
Pada masa sama, pada pandangan guru ini, “rusuhan” [istilah yang digunakan polis dalam melakukan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan] yang berlaku pada 20 April 2011 adalah “biasa saja, tak ada apa pun”!
Seorang bekas pelajar sekolah itu menulis komen dan mengatakan bahawa adik lelakinya belajar di sekolah berkenaan dan berada di tempat kejadian dan melihat sendiri seorang guru kaum India yang disukai ramai pelajar dikasari kumpulan pelajar yang merusuh. [Asal: Cikgu, my brother was there at school and he witnessed the fact that an indian teacher, who is a teacher favourable to many, especially as she is a moral teacher was particularly slapped or rough handled...]
Si guru pula akhirnya mengakui bahawa ada guru turut menjadi mangsa walaupun “bukan cikgu itu disepak sesuka hati”. Diakui juga bahawa “keadaan pada masa itu (20 April) memang memerlukan campur tangan polis” dan “ikut prosedur sekolah, kalau sudah jadi kes polis, sekolah tidak boleh bertindak lagi”.
Guru berkenaan turut mempersoalkan kredibiliti wartawan dan wakil media dengan bertanya: “Mana boleh orang yang tiada di tempat tersebut menulis sesuka hati?” [Asal: mn blh org yg tiada ditempat tersebut menulis sesuka hati....]
Bekas pelajar yang berada di hadapan sekolah semasa perhimpunan aman kedua pada 11 Mei 2011 dan merakamkan foto-foto itu mencatatkan, “Saya setuju bahawa ada beberapa guru yang sedang cuba menutup/menyembunyikan kisah sebenar. Malangnya tindakan itu tidak akan membaiki/memulihkan keadaan.” [Asal: I AGREE THAT SOME OF THE TEACHER ARE TRYING TO COVER THIS THING... SADLY IT'S NOT GOIN TO FIX THE SITUATION ...]
Seterusnya, seorang lagi individu yang dipercayai juga guru sekolah berkenaan tampil memberi peringatan: “Kes ini sudah dibawa ke Bukit Aman dan segala yang dibincangkan di ruang siber sedang disiasat. ... Boleh jadi kes ISA.” [Asal: btw, just a reminder: this case has been brought to Bukit Aman and segala yang dibincangkan via the internet is being investigated. i pray none of my beloved students will be caught and accused for "menghasut" - boleh jadi ISA case yek, jangan main2.]
Guru yang sama seterusnya mencatatkan komen bahawa mereka (para guru) terpaksa berdiam diri kerana mereka adalah penjawat awam. Namun, katanya, “Kami, para guru juga turut menerima kesan secara mental, fizikal, emosi dan sosial. Apabila nama sekolah disebut-sebut, kami para guru juga amat terasa. ... Isu ini sudah menjadi kes polis. Berapa sangat kuasa yang dimiliki sekolah ke atas polis? Tiada.”
[Asal: we are in the position to keep silent (we are penjawat awam remember?). we understand how you people feel. you have the right to. that shows your love towards the school. i'm very proud of all of you. you really care about the school. we teachers are equally affected – mentally, physically, emotionally and socially. when the school name is mentioned, of course we the teachers amat terasa. ... The perk is the issue has become a police case. how much power does a school have over the police? none.]
Saya sempat memberikan penjelasan: “Apa yang berlaku di sekolah berkenaan tiada apa-apa kaitan dengan Bukit Aman dan tiada kaitan dengan ISA. Sedih apabila ada pihak ‘di luar sana’ cuba menakut-nakutkan pelajar dengan ‘sanjata’ ISA dan ‘Bukit Aman’. Boleh juga merujuk blog saya yang menyiarkan fakta sebenar, sah dan tepat.”
Nota: Ternyata guru-guru ini turut menjadi penyumbang utama kemusnahan bahasa!