Friday, 13 May 2011

AJK PIBG Marah Wartawan

Berita bertajuk “Protes aman dua minit sahaja sebelum bersurai” (K Pragalath, Free Malaysia Today, 11 Mei 2011) dibidas salah seorang individu yang pandangannya turut disiarkan dalam berita itu.

Encik Kashfi Abdul Rauf selaku Pengerusi Biro Keselamatan PIBG sebuah sekolah menengah kebangsaan di Shah Alam dilaporkan mengaku menghubungi polis pada 20 April 2011, iaitu semasa berlaku pergaduhan pelajar di kawasan sekolah berkenaan. [BACA DI SINI]


Selepas berita itu disiarkan, seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai “Kashfi” mencatatkan komen berikut:


“... saya nak tanya reporter yang keluarkan kenyataan saya di atas kenapa tidak keluarkan semua kenyataan saya dan tujuan utama saya berada di situ? Saya dah nyatakan awal awal lagi yang saya tak persetuju dengan perhimpunan hari ini sebab anak anak kami yang berada di sekolah sedang menjalani peperiksaan. Kenapa nak ganggu pelajar yang sedang menjalani peperiksaan?...... Sedar tak pemberita semasa ibubapa masih berkumpul di bawah pokok berhampiran dengan sekolah tu sekumpulan pelajar bersorak dan menjerit beberapa kali?...... Saya juga ada bagi tau yang kami pihak keselamatan tak kisah langsung kalau sekiranya perhimpunan aman ini di buat di jabatan ataupun di kementerian. Kenapa kenyataan saya ini tidak di keluarkan?...... Untuk pengetahuan pembaca semua. saya bukan lah mempertahankan pengetua yang seorang itu. Apa yang yang saya pertahankan adalah keselamatan beribu ribu pelajar. Salahkah saya katakan kepada pemberita apabila di ajukan soalan yang kenapa pengetua tak keluarkan kenyataan berkenaan kes. Lalu jawapan saya pada pemberita mengatakan yang pengetua tiada kuasa untuk mengeluarkan kenyataan kerana beliau sebagai penjawat awam tentulah terlebih dahulu perlu memohon keizinan pelbagai pihak atasan. Orang yang macam kami ini boleh la bagi kenyataan. Kenapakah kenyataan saya yang ini juga tidak di keluarkan? Saya juga ada memberitahu pemberita yang saya sudah menyediakan kenyataan bertulis sebanyak 4 muka surat dan sekiranya beliau inginkan kenyatan itu boleh lah menghubungi saya. Kenapakah pemberita langsung tidak menghubungi saya malah kenyataan saya juga tidak di keluarkan sepenuhnya. SIAPAKAH PEMBERITA INI SEBENARNYA?”


Komen yang diberikan itu pula segera mendapat reaksi daripada beberapa pembaca portal berita Free Malaysia Today.


Misalnya, seorang yang menggunakan nama “peace” memberikan pandangan bahawa sekiranya pengetua telah menyelesaikan isu-isu yang timbul (13 April dan 20 April), maka tidak timbul keperluan ibu bapa mengadakan perhimpunan aman pada 11 Mei yang dikatakan “mengganggu” pelajar yang menduduki peperiksaan.


Seorang lagi “observer” menulis komen berikut:


“En. Kahsfi, as a parent, sure you understand how the other parents feel when their children were treated unfairly. Of course you think it is inappropriate for them to create a disturbance during examination time, but if you stop defending the principal and spend more time engaging with the parents, I am sure you could suggest to them better time for such assembly. Parents need to be united when teachers aren’t doing their job well. After all, that is what PTAs are for.”


Seorang lagi individu yang menggunakan identiti “c harimau” berpendapat bahawa “kalau ada tindakan sudah diambil, mesti protes tidak akan berlangsung” dan “peace” pula mengingatkan bahawa masalahnya adalah bahawa kes ini berlaku sebulan lalu tetapi masih belum ada sebarang tindakan diambil.


Cadangan daripada “Ken Ching” adalah supaya ibu bapa dan penjaga terbabit menghadiri mesyuarat PIBG dan menyuarakan masalah mereka tanpa perlu menimbulkan kekecohan di sekolah. Manakala, katanya, “pengetua terbabit perlu disiasat atau digantung”.


Nasihat “we r 1” pula seperti berikut:


“Pergilah mesyuarat PIBG itu dan hentam dia (pengetua) cukup-cukup, buktikan dengan saksi, jadikan mesyuarat PIBG itu sebagai mahkamah untuk menuntut keadilan. Di sana (mesyuarat PIBG pada 21 Mei 2011), pengetua boleh bercakap; kepada media/wartawan sahaja dia (pengetua) tidak boleh buka mulut.”


Individu “we r 1” turut mengemukakan pertanyaan berikut:


“EN KHASFI, sekolah adalah di bawah bidang kuasa Pengetua, bukannya PIBG. Awak adalah salah seorang yang menjadi punca kepada masalah yang dah tenat ini. Jadi, sebagai Pengerusi Biro Keselamatan PIBG, adakah you berkuasa untuk menjaga keselamatan sekolah? Itu kerja jaga sekolah, tak payahlah you nak ambil alih tugas jaga! Pengetua memang salah kerana benarkan awak masuk campur. Timbul persoalan, apa you sedang buat di sekolah? You tak patut berada di sekolah. Jelaslah, you pun punca masalah ini.”


Seorang lagi individu yang mengaku dirinya “Pelajar” pula mengemukakan pertanyaan kepada Encik Khasfi:


“What were YOU doing in my school when we students were having examination? Did the headmistress invite you? If yes, why? Headmistress too busy to meet the parents who want to meet her but she can invite you to some (to school)? Why (did) you come to school during the exam? ... You disturb my school! Not the parents who stood peacefully outside the school.”


Sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang “komen balasan” daripada individu yang menggunakan identiti “Kashfi” atau mana-mana wakil PIBG dan pengetua terbabit.

1 comment:

  1. Pada pagi 14 Mei 2011, K Pragalath (wartawan terbabit) memaklumkan kepada saya bahawa beliau (Pragalath) sudah memberikan nombor telefon kepada Encik Kashfi Abdul Rauf. Maka, tentu sahaja beliau (Kashfi) boleh menelefon wartawan (Pragalath) untuk berbincang dan meluahkan kekecewaan ...

    ReplyDelete

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!