16 Mar 2010

Ugadi Membawa Unsur-unsur Keling?

Kaum India berketurunan Telugu menyambut tahun baru atau “Ugadi” pada 16 Mac 2010.
.

Secara spontan, saya terkenang bagaimana pada 7 April 2008, apabila saya membuat liputan sambutan “Ugadi” di Taman Puchong Utama, Selangor untuk siaran berita Bahasa Malaysia (TV), saya dituduh cuba membawa masuk “unsur-unsur keling”!

.

Insiden itulah yang membuatkan saya melepaskan jawatan penyunting berita dengan notis 24 jam; kerana tidak mahu berada di tempat yang ketara mengamalkan perkauman dan diskriminasi.

.

Bagaimanapun, Hajah Salasiah Zakaria tidak disambung kontraknya mulai 1 Januari 2010 dan beliau sudah tiada di Bilik Berita TV RTM. Maka, mungkin pada tahun ini, tidak menjadi masalah untuk menyiarkan liputan sambutan “Ugadi”.

.

Apatah lagi, sejak 3 April 2009, riuh sekampung dengan “1Malaysia” di mana semua kaum, agama, etnik dan keturunan khabarnya tidak dinafikan hak masing-masing.

.

Sila KLIK DI SINI untuk membaca surat panjang yang saya serah kepada Pengarah Berita Ehwal Semasa selepas melepaskan jawatan penyunting berita berikutan insiden berkenaan.