8 Jan 2010

Majlis Jasamu Dikenang

Salah seorang “Penyampai Ikon” RTM, saudara Kamal, ternyata sedikit terkejut melihat saya bersama-sama Devishi Prabha Sankari pada pukul 10:50 pagi, 8 Januari 2010.
.

Kamal bertugas sebagai pengacara “Majlis Jasamu Dikenang” anjuran Berita Ehwal Semasa (BES) RTM bagi Encik Kamaruddin Ahmad (KA), Encik Osman (OBA), Encik Mat Nor (MN), Puan Salasiah Zakaria (SZ) dan saya, Uthaya Sankar SB (UTH).

.

Puan Ramlah Johari (RJ) menghubungi saya pada petang 7 Januari dan meminta saya menghadiri “Majlis Jasamu Dikenang”.

.

Sejurus selepas itu, Kamal menghubung saya untuk mendapatkan sedikit biodata untuk dimuatkan dalam skrip pengacara majlis.

.

Apabila melihat saya sebelum majlis bermula, Kamal sedikit terkejut kerana telah menyangka umur saya sekitar 60 tahun!

.

Bukan salah Kamal kerana keempat-empat individu yang diraikan – KA, OBA, MN dan SZ – berumur sekitar 60 tahun. Kontrak mereka di BES tidak disambung.

.

Saya ada memberitahu Puan RJ bahawa saya berasa sedikit janggal kerana kes saya lain. Saya bukan tidak disambung kontrak; sebaliknya menyerahkan notis peletakan jawatan.

.

Apapun, sebagai menghormati undangan, saya hadir bersama-sama Devishi. Sempat juga bertemu rakan-rakan lama yang turut hadir.

.

Pengarah BES, Encik Mat Hussein dalam ucapan beliau antara lain secara khusus meminta saya supaya terus memantau berita RTM dari segi bahasa.

.

Katanya, walaupun kami berlima sudah tiada di RTM, kepakaran dan pengalaman kami masih diperlukan.

.

Bagi saya, walaupun selepas saya berhijrah ke akhbar Sinar Harian (Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd), jika ada pihak yang menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan dan panduan, saya sedia membantu.