Pada awal tahun 1990-an, saya percaya ramai yang yakin bahawa era Tun Dr Mahathir (Dr M) akan diikuti oleh era Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Saya sendiri tidak pernah membayangkan kemungkinan lain; walaupun saya bukan “peminat” mana-mana ahli politik.
Bagaimanapun, segala andaian berhubung “era DSAI” tergugat selepas beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.
Namun begitu, “Formula RAHMAN” tidak pula tergugut kerana pengganti Dr M ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
Selepas itu, ada juga pihak yang mula membuat “ramalan” bahawa “N” selepas era Pak Lah merujuk pada “New Dawn for Malaysia”.
Pada realiti, Perdana Menteri keenam bagi Malaysia ialah Datuk Seri Muhammad Najib Tun Razak.
Apakah agaknya yang akan berlaku selepas Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn, Mahathir, Abdullah dan Najib?
Demikian pertanyaan yang saya kemukakan pada ruangan status di Facebook pada sekitar pukul 1:00 pagi, 7 Januari 2010.
Berikut antara pandangan yang terkumpul di ruangan “komen” sehingga pukul 12:00 tengah hari, 7 Januari.
Farisan: Selepas RAHMAN, BIN agaknya.
Rizal: Rahman bin apa?
Shamsinor: RAHMAN BIN? Maknanya “B” itu siapa; Bung Mokhtar?
Fievelski: Saya fikir ada kejanggalan pada formula itu. Kenapa pangkal nama ABDUL RAZAK tidak digunakan “Razak” sahaja sedangkan Bapa Kemerdekaan kita juga pangkal namanya ABDUL RAHMAN. Oleh itu, saya fikir formula ini tidak lebih sekadar gimik teka kata pangkal yang tidak membawa sebarang erti konkrit.
Bluesyworms: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Maknanya (RAHMAN diikuti) “P”. ... “P” untuk “Pakatan Rakyat”.
UthayaSB: Jangan risau. Rasa-rasanya, sebagaimana kebanyakan “formula” di Malaysia, “formula” ini juga sekadar gimik dan tiada sebarang erti konkrit. Saya juga tidak mahu akidah sesiapa terpesong dengan “ramalan”. Cuma, sekadar berseronok memikirkan apa agaknya selepas R-A-H-M-A-N.
Fievelski: Sebabnya, memang ada orang yang percaya akan ramalan sebegitu.
Amin: Saya dan Najwan dah bincang lama “Teori RAZAK”.
Gopi: A.N.W.A.R rasanya.
Asyraf: Ada juga yang percaya ramalan sebegitu? Begitu cetek pemikirannya, barangkali.
Farid: Insya-Allah, Pakatan. Doa banyak-banyak, kawan-kawan.
Moses: Kita mahu melihat perubahan. Malaysia harus berubah. Perubahan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.
Haritha: We want CHANGE!
Mardhiah: Razakism. Effective tax system to increasing Government revenue. Restructuring of subsidies and many other method need to be think [sic] in order to reduce the income disparity ratios. If they fail to do this, we can always pray may IMF or other speculator run this country with mercy. Syed Husin fear Najib is just another Mahathirist, he may forget about Late Tun Abdul Razak. Razakism is not the same as Mahathirism.
Matt: Lepas Najib, “Formula RAZAK”.
Ada pendapat mengatakan “Formula RAHMAN” adalah “legasi Perdana Menteri Melayu. Maka Dato’ Seri Najib kemungkinan adalah Perdana Menteri Melayu Malaysia terakhir” seperti yang saya baca DI SINI.
Apapun, sama-sama kita nantikan untuk melihat siapa Perdana Menteri ketujuh bagi Malaysia.