7 Jan 2010

Akhbar Harian

Apakah agaknya akhbar-akhbar harian yang menjadi pilihan rakan-rakan di Facebook?
.

Sekadar untuk mendapatkan pandangan umum, saya mengemukakan pertanyaan berikut pada ruangan status pada pukul 10:35 pagi, 6 Januari 2010:

.

“Apakah akhbar harian yang saudara gemar membaca? Sebabnya?”

.

Berikut maklum balas spontan yang saya terima sehingga pukul 12:00 tengah malam, berserta sebabnya:

.

Berita Harian – 4 undi. Sebab: Senang didapati di kedai berhampiran tempat tinggal. Kerana terdapat di tempat kerja. Kepadatan berita dan segmen yang diketengahkan. Penyusunan grafik dan antara muka yang menarik.

.

The Star – 4 undi. Sebab: Ada banyak bahan menarik selain “berita”. Sebab suka nak tahu. Saya mendapat lebih banyak maklumat. Saya mendapat semua maklumat yang saya perlukan.

.

Utusan Malaysia – 3 undi. Sebab: Kosa kata yang digunakan amat luas dan menarik. Bahasa yang digunakan amat baik. Kandungan yang penuh berinformasi dan padat.

.

The Malaysian Insider – 3 undi. Sebab: Ada banyak bahan menarik selain “berita”. Akhbar dalam talian semakin popular, terutama dalam kalangan pembaca muda. Lebih telus dan padat.

.

Malaysiakini – 2 undi. Sebab: Lebih terbuka. Lebih telus dan padat.

.

Harian Metro – 2 undi. Sebab: Banyak cerita yang menarik di dalamnya. Banyak berita kemasyarakatan. Kepadatan berita dan segmen yang diketengahkan. Penyusunan grafik dan antara muka yang menarik.

.

The Edge Financial Daily – 1 undi. Sebab: Banyak berita “politik ekonomi” daripada berita “politik kepartian”.

.

The Sun – 1 undi. Sebab: Laporan berita ringkas padat.

.

Sinar Harian – 1 undi. Sebab: Mengekalkan objektiviti.

.

Sabah Times – 1 undi. Sebab: Saya orang Sabah.

.

New Straits Times – 1 undi. Sebab: Terdapat di tempat kerja.