Sebagai memperingati insiden pengeboman di Jepun yang menamatkan Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, pameran “Malapetaka Bom Atom: Tragedi Hiroshima dan Nagasaki 1945” sedang berlangsung di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Pameran ini bermla pada 20 Ogos 2009 dan berlangsung sehingga 14 November 2009. (Tarikh dilanjutkan.)
Pihak penganjur mengambil masa dua tahun untuk merancang serta mengumpulkan bahan-bahan bagi pamera ini dengan kerjasama “Nagasaki National Peace Memorial Hall of the Atomic Bomb Victims”.
Ketua Muzium Seni Asia, Universiti Malaya, Abd Aziz Rashid berkata, sehingga kini, lebih 5,000 pengunjung sudah melawat pameran yang julung-julung kali diadakan ini.
Semasa saya bersama-sama jurukamera, Razalli Zainul membuat liputan pada 10:00 pagi, 29 Oktober 2009 untuk siaran “Peristiwa” (TV1), 40 pelajar Tingkatan Tiga dan dua guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah membuat lawatan sambil belajar.
Panel foto yang memaparkan koleksi foto-foto yang merakamkan secara visual suasana semasa dan selepas bom atom digugurkan pada Ogos 1945 di Hiroshima dan Nagasaki ternyata mencuri tumpuan.
Begitu juga dengan pelbagai artifak dan barang-barang yang dipamerkan. Turut diadakan tayangan video dokumentari mengenai insiden berkenaan.
Mangsa yang terselamat semasa tragedi bom atom Hiroshima dan Nagasaki turut diundang khas untuk menceritakan pengalaman mereka.
Pengunjung juga diberi peluang membuat origami burung jenjang daripada kertas sebagai simbol mendoakan keamanan sejagat.
Selain daripada itu, orang ramai boleh menulis “mesej keamanan” yang akan dikumpul dan dihantar ke “Nagasaki National Peace Memorial Hall of the Atomic Bomb Victims” selepas pameran berakhir pada 14 November 2009.
Untuk maklumat lanjut mengenai pameran “Malapetaka Bom Atom: Tragedi Hiroshima dan Nagasaki 1945” yang dibuka kepada umum secara percuma, sila hubungi Abd Aziz Rashid melalui talian 03-79571061. (Nyatakan bahawa saudara mendapat maklumat dari blog ini.)
Nota: Bahan liputan ini disiarkan dalam segmen "Peristiwa" di TV1 pada pukul 8:50 malam, 29 Oktober 2009. Terima kasih, Lim Fheng Fheng!