Sekitar pukul 5:40 petang, 29 Oktober 2009, saya ke Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (2), Taman Sri Muda, Shah Alam untuk membawa Devishi Prabha Sankari pulang selepas sekolah. Hari ini, peperiksaan berakhir.
Hujan lebat. Maka, saya memandu masuk ke dalam kawasan sekolah. Selepas meletakkan kereta, barulah saya menyedari bahawa kebanyakan kawasan sekolah itu banjir akibat hujan lebat yang turun sekitar pukul 5:00 petang.
Pada awal tahun, banjir seperti ini pernah berlaku. Dalam Mesyuarat PIBG, Guru Besar menjelaskan bahawa pelbagai langkah sedang diambil untuk mengatasi masalah banjir kilat yang ternyata menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Nampaknya, masalah belum dapat diatasi. Mungkinkah permohonan, permintaan dan rayuan pihak PIBG serta pihak sekolah tidak “didengari” oleh pihak berkenaan?
Selepas saya pulang dari membuat liputan banjir di Baram, Sarawak pada Februari lalu, Devishi ada mencadangkan kepada saya supaya saya membawa krew Unit Bencana RTM untuk membuat lintas langsung kejadian banjir di sekolahnya.
Mungkin perlu saya lakukan – walaupun bukan dengan membawa krew Unit Bencana RTM – untuk “membuka mata” pihak berwajib.
Sekurang-kurangnya sebelum para ibu bapa menjadi serik dan mula memohon untuk memindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain; misalnya ke Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (1).
Nota: Lihat beberapa lagi foto pada Album Foto bertajuk "Banjir di SK Taman Sri Muda (2)" di Facebook.