8 Jan 2009

Buku Apa Sedang Anda Baca?


Saya pada masa kini [Januari 2009] sedang tekun membaca novel I Know This Much Is True (Wally Lamb, 1998). Saya membelinya pada tahun 2006 di MPH sempena ulang tahun ke-100 rangkaian kedai buku berkenaan.

.
Apa yang menarik, saya telah membaca beberapa halaman awal novel berkenaan (17 Ogos 2007, 20 & 22 November 2007; halaman 1-27) tetapi kemudian meletakkannya di rak bersama-sama buku-buku lain. Entah mengapa saya tidak berminat untuk meneruskan pembacaan novel itu.
.
Sebagaimana biasa, saya beralih pula membaca beberapa (ulang: beberapa) buku lain dari semasa ke semasa.
.
Baru-baru ini, selepas selesai membaca novel The White Tiger (Aravind Adiga), Hard News (Jeffery Deaver) dan Lost in a Good Book (Jasper Fforde), saya menyambung semula pembacaan novel I Know This Much Is True pada 2 Januari 2009.
.
Ternyata pengalaman pembacaan pada kali ini amat berbeza. Selepas mula membaca halaman demi halaman novel berkenaan, amat sukar untuk menghentikan pembacaan.
.
Selesai satu bab, saya tidak sabar-sabar mahu meneruskan pembacaan bab seterusnya. Malah kisah hidup pasangan kembar seiras Thomas-Dominick Birdsey terbawa-bawa dalam mimpi!
.
Jadi, awas! Jika anda tidak mahu diganggu mimpi-mimpi yang sedikit menggerunkan, elakkan membaca novel ini. Awas juga terhadap penggunaan bahasa yang agak lucah dalam konteks "budaya timur" yang kita ... ehem ... banggakan.
.
Dan sila maklum bahawa terdapat pelbagai adegan yang boleh dilabel sebagai 18PL - kombinasi unsur ganas, seks, politik dan agama yang pasti mengganggu ketenangan minda pembaca konvensional.
.
Saya tidak memberikan sinopsis novel I Know This Much Is True kerana: 1) saya masih dalam proses membacanya. Baru selesai sekitar 50% daripada 891 halaman. 2) saya tidak mahu merampas nikmat anda membacanya sendiri.
.
Apa pula buku yang sedang anda baca sekarang? Kongsikanlah bersama. [CONTOH ULASAN BUKU] - Lihat juga: [Buku Berkaitan Budaya India] - [Buku-buku Uthaya Sankar SB] - [Kumpulan Cerpen Untuk Kanak-kanak
.
.
P.S.: Pada ruangan komen di bawah, sekurang-kurangnya nyatakan judul buku yang sedang anda baca dan nama pengarang. Selamat membaca! [CONTOH ULASAN BUKU]
.