Bicara Buku The Secret
Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Persiaran Bandar Raya (sebelah Wisma MBSA dan Muzium Shah Alam)
1 Februari 2009 (Ahad), 10:00 pagi Waktu Kavyan
Bicara buku The Secret (Rhonda Byrne, 2006) diadakan sempena Mesyuarat Agung Kavyan.
Aktiviti ini dianjurkan oleh Kavyan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
Bicara buku ini terbuka kepada umum tanpa batas kaum dan/atau agama dan/atau umur dan/atau profesion.
Orang ramai yang membawa kanak-kanak bawah 12 tahun dinasihatkan supaya menghantar anak-anak ke Bahagian Buku Kanak-kanak di Perpustakaan Raja Tun Uda sebelum menghadiri sesi bicara buku ini.
Wakil media juga diundang ke majlis ilmu ini.
Kehadiran Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar dialu-alukan.
Buku The Secret akan dibicarakan – atau lebih tepat lagi, diperkatakan dan diperkenalkan – oleh Uthaya Sankar SB.
Orang ramai yang belum membaca buku The Secret juga dialu-alukan menghadiri aktiviti bicara buku ini.
Sesi bicara buku ini akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.
Slaid yang akan ditayangkan adalah dalam Bahasa Inggeris.
Salinan slaid TIDAK akan diedarkan kepada orang ramai; sama ada dalam bentuk hardcopy atau softcopy.
Orang ramai yang hadir boleh berkongsi pengalaman dan/atau bertanya soalan dan/atau berdialog dalam Bahasa Malaysia ATAU Bahasa Inggeris.
Orang ramai yang hadir dinasihatkan supaya tidak mencampur-adukkan bahasa – dan sekaligus membunuh bahasa – semasa bertanya soalan dan/atau berkongsi pengalaman dan/atau berdialog.
Buku dan/atau DVD The Secret TIDAK akan dijual semasa sesi bicara buku ini.
Aktiviti akan bermula pada pukul 10:00 pagi Waktu Kavyan – iaitu waktu sebagaimana yang dinyatakan; bukannya setengah jam atau satu jam lewat daripada masa yang dinyatakan.
Aktiviti akan tamat selewat-lewatnya ada pukul 11:15 pagi; sebelum Mesyuarat Agung Kavyan bermula pada pukul 11:30 pagi.
Orang ramai yang menghadiri bicara buku The Secret diminta mengisi borang/senarai kehadiran sebagai rujukan dan bagi tujuan rekod pihak Kavyan.
Orang ramai diingatkan supaya patuh pada segala peraturan perpustakaan.
Orang ramai dinasihatkan supaya berpakaian sopan.
Pengangkutan tidak disediakan.
Makan-minum hanya disediakan JIKA ada peruntukan.
Orang ramai dinasihatkan supaya bersarapan sebelum datang ke majlis ilmu ini untuk menikmati santapan minda yang disajikan.