Kumpulan fiksyen Putaria terbit pada 14 Oktober 2020 berkat sokongan dan sumbangan rakan-rakan budiman. Kebanyakan penyumbang dan pembeli sudah mula membaca buku berkenaan dan pasti bersedia untuk terlibat dalam sebuah sesi perbincangan santai dan separa ilmiah.
Acara: Bicara Putaria
Tarikh: 31 Oktober 2020 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 10.00 malam
Pelantar: Google Meet
Siapa
yang boleh menyertai majlis ilmu ini?
Sesiapa
sahaja yang sudah memiliki dan sudah/sedang membaca kumpulan fiksyen Putaria boleh terlibat dalam sesi ini.
Ada
bayaran penyertaan?
Tidak
dikenakan sebarang bayaran tetapi setiap peserta wajib menunjukkan buku Putaria semasa sesi menerusi Google Meet sebagai “tiket” penyertaan.
Apakah
topik perbincangan?
Setiap
peserta berdaftar diberi peluang mengemukakan satu soalan kepada penulis (Uthaya Sankar SB)
dan maksimum dua soalan atau topik
perbincangan berkaitan buku Putaria.
Soalan dan topik perbincangan wajib dikirim lebih awal dan akan dibincangkan
oleh para peserta semasa sesi.
Bahasa
komunikasi?
Sesi
berlangsung sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia.
Peserta tidak perlu menjadi pakar bahasa dan pakar lingusitk. Asalkan mampu berbual secara santai menggunakan Bahasa Malaysia.
Bolehkah
topik sensitif disentuh?
Sesi
Bicara Putaria adalah sebuah majlis
ilmu yang dikendalikan secara tertutup dan melibatkan peserta yang terhad dan
peserta yang bersetuju untuk terlibat dalam sebuah perbincangan separa ilmiah. Hal-hal
yang diketengahkan dalam kumpulan fiksyen Putaria
memang agak sensitif. Maka, sebarang topik yang ada kaitan dengan buku Putaria adalah dibenarkan untuk
dibincangkan. Para peserta perlu bersikap matang dan berfikiran terbuka. Namun
begitu, para peserta diminta menjaga sensitiviti kaum, agama, dan sebagainya.
Bagaimana
untuk mendaftar?
Kirim
kata kunci “Bicara
Putaria” ke WhatsApp 011–11411952 (Uthaya) selewat-lewatnya
pada 27 Oktober 2020 (6:00 petang). Maklumat lanjut dan borang pendaftaran akan
dikirim kepada anda.
Tarikh
tutup?