Buku Ramayana
dan Mahabharata terbit pada 13 September 2019, hasil
sokongan para Penyumbang Berhati Mulia.
Tidak ada sebarang majlis pelancaran bagi buku ini.
Sebaliknya, saya [Uthaya Sankar SB] merancang siri
pertemuan yang bertujuan mewujudkan ruang perbincangan, perkongsian pandangan
dan pertukaran idea dalam kalangan khalayak pelbagai kaum dan latar belakang mengenai
epik Ramayana dan Mahabharata.
Siri 1 adalah
seperti berikut:
Tarikh: 30 November 2019 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang [Waktu Kavyan]
Tempat: Tasik Taman Jaya, Jalan
Timur, Petaling Jaya
Waze:
Tasik Taman Jaya
Yuran: RM10.00 sahaja
Bahasa: Bahasa Malaysia
Peserta dikenakan yuran komitmen (commitment fee) RM10.00
dan akan menerima cenderamata senaskhah buku Ramayana
dan Mahabharata [Harga
Pasaran: RM35.00 senaskhah] apabila menghadiri sesi ini sepenuhnya.
Yuran tidak dikembalikan dan buku tidak diberi jika peserta gagal untuk hadir.
Antara topik perbincangan: Pengenalan epik Ramayana dan Mahabharata; Kisah-kisah menarik dalam epik Ramayana dan Mahabharata;
Kesesuaian epik Ramayana dan Mahabharata dengan zaman sekarang;
Menulis semula epik Ramayana dan Mahabharata; Cara-cara menghayati epik Ramayana dan Mahabharata.
Cara mendaftar:
1 – Deposit yuran
komitmen RM10.00 ke akaun CIMB Islamik — 8600563781 — Perunding Media.
2 – Kirim [nama] [tarikh deposit] [masa
deposit] ke WhatsApp 011-11411952.
Sesi “Bicara Ramayana dan Mahabharata” turut dirancang di Taiping,
Perak pada Disember 2019 sekiranya mendapat sambutan orang ramai. Hubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) jika anda berminat menyertai sesi di Taiping,
supaya maklumat lanjut boleh dikirim dalam masa terdekat.
Orang ramai juga dipelawa mengemukakan cadangan tempat
(selain Petaling Jaya dan Taiping) untuk mengadakan program ilmu ini.