Daun, buah, serta
kulit pokok neem (veeppilai
atau veembu) digunakan sebagai bahan
perubatan dalam budaya India sejak sekitar tahun 2500 Sebelum Masehi.
Apa yang menarik
dan menakjubkan adalah bahawa catatan perubatan yang dilakukan pada waktu itu
dapat dibuktikan secara saintifik menggunakan ilmu perubatan moden.
Dalam budaya kaum
India, setiap keluarga digalakkan menanam pohon neem di perkarangan
rumah. Biasanya, amalan ini dikatakan sebagai tugas suci dan dikaitkan dengan
amalan agama, tetapi sebenarnya berkaitan dengan amalan perubatan.
Dapatkan maklumat mengenai keunikan dan khasiat perubatan
neem, serta pelbagai aspek budaya kaum India, dalam buku Mandala
Bicara.
Masuk ke dalam Mandala. Meresap ke dalam Minda.