Masyarakat India
pada umumnya percaya bahawa kelahiran, kehidupan, dan kematian adalah umpama
lingkaran yang berterusan. Istilah Sanskrit yang digunakan untuk menerangkan
konsep ini adalah samsara.
Jiwa atau atma akan melalui proses samsara
dalam usaha mencapai moksha atau nirvana, iaitu keadaan bebas daripada
sebarang ikatan duniawi dan kembali menemui Pencipta.
Orang India juga pada umumnya
percaya bahawa individu yang hidup sebagai manusia pada kelahiran ini tidak
semestinya telah hidup sebagai manusia pada kelahiran lalu. Begitu juga, tidak
semestinya dia akan hidup sebagai manusia pada kelahiran seterusnya.
Sebaliknya, kehidupan ditentukan
oleh karma, iaitu kepercayaan bahawa
kebaikan dibalas dengan kebaikan, dan kejahatan dibalas dengan kejahatan. Konsep
ini boleh juga difahami sebagai law of cause and effect di mana setiap
tindakan membawa tindak balas setimpal.
Dapatkan maklumat mengenai karma, atma dan samsara, serta pelbagai aspek budaya kaum India, dalam buku Mandala
Bicara.
Masuk ke dalam Mandala. Meresap ke dalam Minda.