29 Sept 2016

Mohiniyattam


Nama bagi tarian klasik mohiniyattam terhasil daripada gabungan dua perkataan Bahasa Malayalam.

“Mohini” dalam konteks masyarakat Tamil di Malaysia sering dikaitkan dengan “hantu” dan “penunggu”. Bagaimanapun, istilah ini sebenarnya merujuk kepada wanita yang cantik dan mampu menggoda sesiapa sahaja yang memandang.

Istilah “attam” pula bukan setakat bermakna “menari” tetapi merujuk kepada gerak-geri seluruh tubuh yang penuh seni dan menggoda. Maka, tidak hairanlah mohiniyattam diklasifikasikan sebagai “tarian si penggoda”.

Dapatkan maklumat mengenai tarian klasik mohiniyattam dan pelbagai aspek budaya kaum India, dalam buku Mandala Bicara.


Masuk ke dalam Mandala. Meresap ke dalam Minda.