Dalam cerpen “Nating” (Kisah dari Siru Kambam, 2013), dinyatakan bahawa semasa berkempen,
seorang calon Wakil Rakyat berjanji akan “memberikan Nating kepada penduduk
Siru Kambam” sekiranya dia menang dalam pilihan raya.
(a) Pada pandangan, imaginasi dan tanggapan anda, apakah
“Nating” yang dimaksudkan itu?
(b) Adakah “Nating” yang anda maksudkan itu sesuai dalam
konteks Malaysia?
Kuiz ini diadakan sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan khusus
bagi orang ramai yang sudah membaca kumpulan cerpen Kisah dari Siru Kambam.
Calon PRU-13 juga dipelawa mengambil
bahagian; jika sudah membaca cerpen berkenaan.
Jawaban bagi soalan (a) dan (b) perlu
dikirim menerusi e-mel ke uthayasb@yahoo.com.my dan apa-apa cara
lain TIDAK dilayan.
Nyatakan “Nating” pada ruangan subjek (subject) e-mel yang dikirim.
Setiap e-mel yang selamat diterima akan
dijawab dalam masa 24 jam untuk mengesahkan penerimaan.
Kemukakan jawaban sepanjang 20 hingga 100 patah perkataan sahaja
merangkumi soalan (a) dan (b) di atas.
Bersama-sama jawaban itu, peserta perlu
melampirkan foto peserta beraksi
seperti membaca buku Kisah dari Siru Kambam.
E-mel berserta jawaban dan foto perlu
sampai selewat-lewatnya pada tarikh 27
April 2013, pukul 4:00 petang (waktu di Malaysia). E-mel yang lewat tidak
akan dipertimbangkan.
Sila nyatakan nama, nombor telefon, alamat
e-mel dan tempat tinggal (bandar/pekan) dalam e-mel yang dikirim. Jawaban tanpa
maklumat ini tidak akan dilayan.
Jawaban akan dinilai dari sudut kreativiti,
imaginasi, logik, pemikiran kritikan, aspek penggunaan Bahasa Malaysia yang betul serta
kemampuan berfikir di luar lingkungan (outside
the box).
Sekiranya jawaban diterima daripada
maksimum 10 peserta, maka hadiah berupa buku Travelog Beijing (2012) akan
diberikan kepada 2 peserta yang mengemukakan jawaban paling menarik.
Sekiranya jawaban diterima daripada
maksimum 20 peserta, maka hadiah berupa buku Travelog Beijing akan diberikan
kepada 5 peserta yang mengemukakan jawaban paling menarik.
Jawaban mestilah asli dan bukan meniru/menyalin
petikan daripada cerpen.
Jika ada dua atau lebih jawaban yang
ternyata ada terlalu banyak persamaan yang amat ketara, maka semua jawaban yang
sama itu akan digugurkan; tanpa mengira siapa meniru siapa.
Jawaban-jawaban yang dikemukakan mungkin
akan didokumentasikan di blog bersama-sama foto yang dilampirkan. Penyuntingan
mungkin dilakukan selagi tidak mengubah maksud.
Keputusan akan diumumkan di blog www.uthayasb.blogspot.com
pada 28 April 2013 dan keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan
dilayan.
Hadiah
berupa buku Travelog Beijing dijangka dikirim
melalui Pos Laju (ke mana-mana
destinasi di Malaysia sahaja) pada 29 April 2013.