Apabila saya mencalonkan Profesor Madya Dr Lim Swee Tin bagi Anugerah Sastera
Negara yang membawa gelaran “Sasterawan Negara” maka ada pelbagai pihak yang
mempertikaikannya. Menurut mereka, ada ramai lagi penulis sastera kebangsaan
yang lebih layak dicalonkan. Reaksi saya amat mudah: Jika benar ada ramai lagi
penulis yang lebih layak, mengapa tidak ada sesiapa yang tampil mencalonkan
mereka. Pada masa sama, saya sekadar mencalonkan Swee Tin. Sama ada layak atau
tidak, terpulang pada panel terbabit untuk menilai dan memutuskan; bukan
persoalan untuk saya fikirkan. Nasib Swee Tin juga agak malang apabila seorang
wartawan sewenang-wenangnya memetik dan menyiarkan “khabar angin” yang disampaikan
seorang tokoh bahawa Swee Tin kononnya membuat kempen sendiri untuk menjadi
Sasterawan Negara serta kononnya ada hubungan dengan sebuah pertubuhan haram
yang menentang novel Interlok. Dalam
melalui segala cabaran, rintangan dan fitnah itu, Swee Tin tetap terus menjadi
penulis dan penggiat sastera yang disenangi khalayak pelbagai kaum dan pelbagai
peringkat di seluruh negara. Selamat menyambut Hari Malaysia! [PANEL INTERLOK EDISI MURID] [CALON SASTERAWAN NEGARA] [INTERLOK DAN TOKOH LIDAH BERCABANG]