Saya (Uthaya Sankar SB) mencari sukarelawan untuk menjadi pembaca beta (beta reader) bagi petikan sebuah cerpen baharu berjudul “Menanti Kepulangan Arjun”.
Harap maklum bahawa cerpen ini sebuah fiksyen tetapi turut menyebut sekilas lalu nama-nama seperti Anwar Ibrahim, Hizairi Othman, dan Anthony Kevin Morais. Sesiapa yang mungkin berasa kurang selesa dinasihatkan supaya tidak menawarkan diri menjadi pembaca beta.
“Pembaca beta” merujuk kepada orang yang dipelawa menjadi pembaca awal bagi manuskrip sebuah karya (cerpen, novel) yang belum disiarkan di mana-mana. Mereka diberi peluang mengemukakan komen dan pandangan peribadi secara ikhlas kepada penulis mengenai karya berkenaan.
Penyertaan sebagai pembaca beta adalah secara sukarela, tanpa paksaan, dan tanpa bayaran. Perlu sedia mematuhi deadline ditetapkan.
Bagaimana untuk menjadi pembaca beta? Dua bahan/maklumat berikut wajib dikirim:
1. Kirim biodata sepanjang 50–100 perkataan (sahaja) kepada saya menerusi WhatsApp atau e-mel.
2. Kirim foto anda kepada saya menerusi WhatsApp atau e-mel.
Rujuk contoh
biodata dan foto [di sini].
Kemudian, petikan cerpen “Menanti Kepulangan Arjun” sekitar 530 perkataan akan dikirim kepada sukarelawan untuk dibaca. Sukarelawan (pembaca beta) perlu menjawab lima (5) soalan berkaitan petikan cerpen itu.
Petikan cerpen dan reaksi dalam Bahasa Malaysia.
Tidak ada jawapan betul atau salah—semua jawapan/reaksi adalah betul.
Tarikh akhir mengirim biodata dan foto bagi mengesahkan kesediaan menjadi sukarelawan: 12 Februari 2025 (8:00 malam)
Tarikh akhir mengirim jawapan bertulis bagi beberapa soalan: 14 Februari 2025 (8:00 malam)
Kesemua jawapan/reaksi akan disiarkan di blog pada 15 Februari 2025 dan dipromosi menerusi media sosial.
Baca reaksi pembaca beta — [akan dipaparkan di sini]
Berikut contoh
reaksi pembaca beta sebelum ini: [Mukundan Sudah Mati] – [Guruji dari Jaisalmer] – [Anak Bunian] – [Darurat di Pulau Cinta] – [Kumpulan
Fiksyen Putaria] – [Siapa Bunuh Mukundan?] – [Raman dan Kultus Guruji] – [Rahasya di Pulau Cinta] – [Cinta Maya Arjuna] – [Menunggu
Kathiravan]