Judul: Mahligai Syurga
Penulis: Sardah
Appalasamy
Penerbit: Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP)
Tahun Terbit: 2015 (Disember)
Bahasa: Bahasa Malaysia
Ketebalan: 281
halaman
Harga Pasaran: RM18.00
Harga Tawaran: RM16.00
Kos PosLaju: RM6.00 (Malaysia sahaja)
Jumlah: RM22.00
(termasuk kos penyelenggaraan)
Kalau
anda meminati filem/drama Tamil atau Hindi yang berkisar tentang kisah
pergolakan keluarga yang berpanjangan selama beberapa generasi, anda akan
terpikat dan tertarik membaca buku ini.
Novel
Mahligai Syurga (2015) merupakan
karya sulung Sardah Appalasamy, anak kelahiran Tanjung Malim, Perak yang
membesar di Kuala Lumpur.
Novel
setebal 281 halaman ini bermula dengan kisah Mira, seorang peguam dan ibu tunggal berumur 47 tahun yang tinggal di
London bersama-sama anak-anaknya, Siva (20 tahun) dan Sheetal (18 tahun).
Konflik
dan dilema bermula dengan kedatangan sepucuk surat yang diterima menerusi faks
dan memerlukan ketiga-tiga mereka pulang ke Malaysia selepas lebih 17 tahun.
Seperti
yang sudah saya nyatakan sejak awal, perjalanan cerita dalam novel yang terdiri
daripada 29 bab ini menyerupai filem dan drama dari Kollywood dan Bollywood.
Maka,
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
yang menggemari filem/drama Tamil/Hindi akan terpesona dan terpikat untuk
membaca novel ini hingga ke halaman terakhir.
Sesungguhnya
tidak ramai penulis kaum India yang aktif menulis
karya Bahasa Malaysia seperti sajak, cerpen,
rencana dan novel.
Menurut
maklumat penulis kaum India yang
didokumentasi di blog Kumpulan
Sasterawan Kavyan (Kavyan), mendiang M. Balachandran
menulis novel Alpa (2006).
Novel
sulung Thanusya Shanmuganathan (Meera Natasya)
berjudul Tak Sengaja Cinta (2014) dan beliau sedang menulis beberapa
lagi novel yang mengangkat budaya masyarakat India.
Novel
berjudul Akan Ku Jejaki (2015) adalah
novel sulung Dr Venoo Kuppusamy (Dr VK) dari Taiping, Perak dan menampilkan
watak-watak Melayu.
Saya
bertindak sebagai penilai bagi manuskrip novel Mahligai Syurga pada Januari 2007 dan menyokong kuat supaya Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitkannya.
Selain
daripada hakikat tidak ramai penulis kaum India yang menghasilkan novel Bahasa
Malaysia, manuskrip yang dikemukakan oleh Sardah amat sesuai untuk dijadikan
bahan bacaan bagi mengenali budaya kaum India pada masa kini.
Konflik
keluarga, jurang generasi, dilema wanita berkerjaya, masalah golongan muda,
soal maruah dan pelbagai aspek kehidupan harian yang dekat dengan kaum India disaji
secara kemas menerusi novel ini.
Sardah
pernah menyertai bengkel penulisan cerpen yang saya kendalikan di Universiti
Malaya pada 1990-an; sebelum saya mengemukakan namanya untuk menyertai Minggu
Penulis Remaja (MPR) anjuran DBP pada 1998.
Apabila
manuskrip novel sulungnya yang sudah diluluskan oleh penilai “tersangkut” dalam
proses penerbitan, bekas pelajar Sekolah Menengah Jalan San Peng, Kuala Lumpur
ini hampir putus asa untuk menulis lagi.
Selepas
Mahligai Syurga akhirnya terbit,
Sardah menelefon untuk mengucapkan terima kasih kepada saya dan Fadli Al-Akiti
(kini editor majalah Dewan Sastera)
yang bersungguh-sungguh “mempertahankan” manuskrip berkenaan dahulu.
Saya
menasihati Sardah supaya selain menumpukan perhatian kepada kerjaya sebagai
pengamal undang-undang (paralegal)
dan bakal peguam, beliau harus terus menulis.
Sokongan
orang ramai terhadap novel sulung ini pasti akan memberikan suntikan semangat
dan sokongan moral yang diperlukan oleh Sardah untuk menghasilkan novel kedua
dan seterusnya.
Novel
ini sudah berada dalam pasaran dan dijual pada harga RM18 senaskhah di kebanyakan
kedai buku utama seluruh negara.
Sekiranya
anda berminat membeli novel Mahligai
Syurga daripada saya, sila lakukan pembayaran ke akaun [Maybank – 112214042611 – Uthaya]
atau [CIMB –
8600563781 – Perunding Media] sebelum mengisi borang pembelian.
Saya
ada stok 7 naskhah untuk dijual
segera. Naskhah tambahan akan dibeli berdasarkan tempahan berbayar. Seperti
biasa, tempahan air liur tidak dilayan.