10 Jul 2015

Hari Raya di Pulau Pendatang

Sempena Hari Raya Puasa, buku Pulau Pendatang boleh dibeli pada harga RM25 senaskhah (PosLaju percuma bagi penghantaran ke seluruh Malaysia). Tawaran hanya sah sehingga 24 Julai 2015.

Kumpulan Faksyen Bahasa Malaysia #PulauPendatang memuatkan pelbagai kisah yang menyedarkan kita bahawa apa-apa yang berlaku dalam realiti tidak jauh berbeza dengan dunia fiksyen.

“Awak memang suami tidak berguna! Saya sepatutnya hidup mewah dan menjadi wanita penting di pulau ini.” Mendengar leteran Wanita Farsa, suaminya hanya mampu terdiam. – “Wanita Farsa”

Tauke Jib pening memikirkan semua itu. Tambah pening apabila memikirkan tentang isterinya, Mak Anggun. Kalau Gerai Bijan rugi atau terpaksa ditutup atau terpaksa diserahkan kepada orang lain, tentu Mak Anggun mengamuk. – “Semangkuk Bubur”

“Apabila besar nanti, saya mahu menjadi Perdana Menteri. Saya akan pastikan keadilan dalam pemerintahan seperti diamalkan di Malaysia menjadi ikutan di Pulau Cinta,” tegas anak saya apabila diperhatikannya saya masih tidak bersuara. – “Anak-anak Pulau Cinta”

Selepas Irwan didenda, dia tidak boleh mengusahakan gerainya selama lima bulan. Pada pandangan dan harapan Tauke Jib, biarlah tempoh lima bulan itu mematikan terus semangat Irwan untuk kembali menguruskan perniagaan di gerainya. – “Bubur Mat Jambu”

Pada pagi 1 Ogos 2015, Perdana Menteri Pulau Cinta membuat pengumuman rasmi bahawa bermula 7 Ogos 2015, kewarganegaraan penduduk Pulau Cinta yang bukan keturunan Malayali dilucutkan secara automatik. – “Pulau Pendatang”

Sempena Hari Raya Puasa, buku Pulau Pendatang boleh dibeli pada harga RM25 senaskhah (PosLaju percuma bagi penghantaran ke seluruh Malaysia). Tawaran hanya sah sehingga 24 Julai 2015. Borang tempahan – KLIK DI SINI.