Monday, 27 July 2015

Komen Pembaca

Sukacita saya mempelawa rakan-rakan yang sudah memiliki dan membaca buku Pulau Pendatang (2015) mengemukakan komen dan reaksi ringkas-padat (maksimum 40 perkataan) untuk dipaparkan di Facebook. Sila kirim komen/reaksi anda menerusi mesej Facebook sahaja. Jangan lupa sertakan nama sebenar dan tempat tinggal (bandar).

Tarikh tutup: 31 Julai 2015. Komen dan reaksi akan dipaparkan di Facebook mengikut konsep “yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan”.

Jika paparan yang memuatkan komen/reaksi anda mendapat lebih daripada 50 “like” (sehingga 15 Ogos 2015), maka anda akan menerima hadiah senaskhah novel Hanuman: Suara Hati (2013).

Catatan: Komen yang dikemukakan oleh Kasthuri C. Arjun -- LIHAT DI SINI -- mendapat 50 "like" dalam masa 22 jam sahaja selepas dipaparkan!