1 Jul 2015

Kemas Kini “Rakan”

Rakan-rakan yang dihormati,

Harap maklum bahawa bermula 1 Oktober 2015, saya mengemas kini senarai “sahabat” di Facebook secara berperingkat-peringkat dan secara mingguan. Langkah ini bagi memastikan jumlah sekitar 500 “sahabat” bukan hanya “sahabat” pada nama. [Syarat umum – BACA DI SINI]

Individu yang memenuhi sekurang-kurangnya SATU (ulang: sekurang-kurangnya satu) kriteria di bawah sahaja akan dikekalkan dalam senarai “sahabat”.

1 – Sahabat yang sudah membeli dan membaca buku “Pulau Pendatang” (2015) sebagai tanda sokongan.

2 – Sahabat yang sudah membeli dan membaca buku “Nari! Nari!” (2015) sebagai tanda sokongan.

3 – Sahabat yang sudah membeli dan membaca buku “Malaiur Manikam” (2015) sebagai tanda sokongan.

4 – Sahabat yang sudah membeli buku Mandala Bicara (2016) sebagai tanda sokongan.

5 – Sahabat yang terlibat secara aktif menerusi Facebook dengan menulis komen pada paparan yang saya kongsi; serta mampu menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul.

Sebagai seorang penulis sepenuh masa, kriteria (1), (2), (3) dan (4) amat penting dan berasas.


“Sahabat” yang tidak berminat untuk berkongsi komen (kriteria 5) atau hanya mahu “like” paparan saya, bolehlah memanfaatkan fungsi “follow” (pemantau) kerana “follower” masih boleh “like” dan “share” [LIHAT CONTOH] serta mengirim mesej peribadi kepada saya.

Malah, paparan saya di Facebook adalah “umum” (public). Maknanya, orang yang bukan “friend” atau “follower” juga boleh membaca paparan saya.

Dalam pada itu, sekiranya kita bukan “sahabat” di Facebook, tidak bermakna kita bukan sahabat dalam dunia realiti. [Maklumat lanjut – BACA DI SINI]

Cara mudah mengesan “rakan” yang tidak aktif – TONTON VIDEO DI SINI.


Sekian. Terima kasih.