31 Mar 2014

Menyembah Batu Mistik

Amalan masyarakat India beragama Hindu membina kuil kecil di halaman rumah bukan perkara aneh di negara ini. Biasanya kuil kecil ini merupakan tempat bersembahyang bagi keluarga berkenaan dan bukan tempat pemujaan orang awam.
 
Saya kenal sebuah keluarga di Kamunting, Perak di mana mereka mempunyai cerita yang agak menarik mengapa mereka membina kuil kecil di perkarangan rumah. Cerita ini agak mistik dan mungkin juga bercanggah dengan kriteria ikonografi iaitu seni mengukir berhala dalam ajaran Hindu.
 
“Keluarga kami sebenarnya telah menyembah Dewa Maduraiveeran sejak turun-temurun,” Puan Santha memulakan cerita sambil duduk bersama-sama suaminya, Encik Rajanthran; serta anak-anak mereka bernama Nyanaambigai dan Dhanesh Kumar.
 
Berikut kisah yang pernah diceritakan oleh Puan Santha bagi merungkaikan pelbagai persoalan yang muncul dalam minda saya. Saya memutuskan untuk menulis kisah itu menggunakan sudut penceritaan beliau sendiri supaya lebih menarik untuk dibaca. [BACA KISAH LANJUT DI SINI] [BAHAGIAN DUA DI SINI]