Orang ramai yang pernah
melalui Jalan Kamunting Lama di Kamunting, Perak tentu berpeluang melihat
sebuah kuil Hindu berwarna putih di tepi jalan.
Jalan Kamunting Lama bermula dari Penjara Taiping (penjara pertama di Malaysia) berdekatan Zoo
Taiping (zoo pertama di Malaysia) dan Taman Tasik Taiping (taman tasik pertama
di Malaysia), melalui kawasan Klian Pau, hingga sampai ke Kamunting.
Kuil ini agak pelik kerana ternyata belum
siap sepenuhnya. Hanya bahagian tengah kuil yang digelar “moolastanam” dan
“gopuram” berdiri megah. Namun begitu, menurut penduduk sekitar yang ditemui, upacara keagamaan seperti “pooja” dilakukan
setiap hari oleh sami yang bertugas.
Apakah keistimewaan kuil yang belum siap
sepenuhnya ini sehingga menjadi tumpuan ramai penganut agama Hindu serta
sekumpulan penduduk kaum Cina? Malah, saya menulis mengenai kuil ini di majalah
Sarina (Mac 2004) kerana mendapati ia
sedikit unik.
“Kuil ini adalah Kuil Sri Durgai Amman
iaitu Dewi Sakti yang digambarkan duduk di atas seekor harimau,” kata salah
seorang penduduk yang mengetahui sejarah kuil berkenaan.
“Kuil
ini memang mistik dan ada cerita menarik. Tetapi terpulang kepada orang ramai
untuk mempercayai atau tidak kisah ini,” katanya sebelum memulakan cerita yang
lengkap tetapi meminta identiti dirahsiakan. [BACA KISAH SELANJUTNYA]