Monday, 31 March 2014

Sumbangan untuk Rumah Kavyan

Gotong-royong membersihkan Rumah Kavyan berlangsung pada 15 Mac 2014. Kerja-kerja mengemas berlangsung sedikit demi sedikit mulai 8 Mac 2014. Mulai April 2014, kebanyakan aktiviti Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) akan tertumpu di sini.
 
Harap maklum bahawa Rumah Kavyan adalah Kawasan Larangan Merokok dan Kawasan Berpakaian Sopan. Pencuri akan dimalukan secara kekal di ruang siber – khasnya Facebook dan blog – tanpa belas kasihan.
 
Pengunjung dan peserta aktiviti (termasuk Mesyuarat Jawatankuasa, sesi perbincangan dan persiapan aktiviti) akan dihidangkan makanan dan minuman yang ala kadar sahaja.
 
Ada beberapa bentuk sumbangan yang boleh dihulurkan oleh orang ramai, jika sudi. [SILA KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT]