Monday, 31 March 2014

Bunuh diri “budaya” kaum India?



“Amalan satee masih diteruskan di sini?” Joseph mengajakku berbual sambil menuding pada sebuah berita di akhbar yang sedang ditatapnya.

 

“Sudah diharamkan sejak tahun 1829. Tapi masih ada masyarakat berfikiran kuno yang mengamalkannya. Misalnya di kampung Nandana seperti dalam laporan itu. Kebanyakan penganut Hindu ortodoks masih menganggap perbuatan membakar diri itu sebagai mencerminkan cinta, kesetiaan dan pengorbanan suci si isteri terhadap suaminya.”

 

“Wanita kaum India di Malaysia?”

 

“Tidak sama sekali! Wanita Malaysia berfikiran matang.”

 

Dialog di atas dipetik daripada cerpen “Kakak, Tolonglah Saya!” (Kisah dari Siru Kambam, 2013). Seorang wanita kaum India dari Malaysia sedang berbual dengan seorang lelaki Jerman sewaktu mereka bertemu di dalam kapal terbang di India.

 

Seperti mana yang dijelaskan oleh watak “Aku” dalam petikan di atas, amalan satee masih dilaporkan berlaku di India. Perbuatan membakar diri dianggap tindakan suci dan terhormat; khusus bagi golongan wanita.

 

Sebenarnya, satee bukan tuntutan agama Hindu. Bagaimanapun, perbuatan itu ada sejarah dan tradisi tersendiri. Wajarlah generasi muda mengetahui kisah ini supaya lebih memahami konsep satee yang dianggap perbuatan membunuh diri secara terhormat. [BACA MAKALAH PENUH DI SINI]

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!