Walaupun isu novel Interlok Edisi Murid sudah “selesai”
pada akhir Disember 2011, bagi puak tertentu yang mengamalkan politik perkauman
dan bersikap anti-Kavyan, mereka ternyata masih amat aktif menyebarkan fitnah
dan pembohongan kepada orang ramai berhubung apa yang berlaku.
Salah satu contoh individu yang terpengaruh
dengan dakyah seperti itu adalah Asrul Muzaffar Mohammed. Hal ini nyata
apabila pada 28 April 2012, dia merujuk pada saya sebagai “One non-Malay author
and publisher (who championed the bashing on INTERLOK previously)” di
Facebook.
Sejak Januari 2012, saya mendapat pelbagai
maklumat daripada orang ramai di seluruh negara. Nampaknya ada puak tertentu –
termasuk kelompok penulis tertentu – yang sibuk mengadakan kempen untuk
memutar-belit fakta. Kononnya saya dan Kavyan mahukan novel Interlok (asal) diharamkan.
Kononnya, saya “terkinja-kinja menyucuh karak Interlok” serta
menghina Sasterawan Negara yang menerima Anugerah Sastera Negara daripada Agong. Kononnya saya cuba “menggugat keamanan rakyat” dan
bersikap anti-Melayu.
Apa yang lupa
diceritakan oleh “puak yang dilaknati” itu adalah bahawa mereka sendiri mencadangkan
supaya sekitar 20 halaman dibuang daripada novel Interlok Edisi Murid atas alasan bahawa novel itu “didapati terlalu
panjang”.
Apa yang lupa juga
diceritakan oleh “puak yang tidak beriman” itu adalah bahawa saya dilantik oleh
Menteri Pelajaran untuk menganggotai Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel
Interlok.
Puak yang tidak
bermaruah itu sengaja menyembunyikan hakikat bahawa merekalah sebenarnya yang
mahu mempolitikkan novel Interlok Edisi Murid. Itu hakikat yang didedahkan
sendiri oleh “anggota” kumpulan mereka kepada saya.
Untuk makluman umum,
berikut kandungan surat lantikan bertarikh 8 Februari 2011:
“Sukacita
dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji
Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah
bersetuju melantik Tuan menganggotai Panel Bebas bagi mengkaji dan membuat
pindaan terhadap novel Interlok.”
Jadi, kalau “puak penjilat buntut” itu masih
ada masalah mengenai “pindaan terhadap novel Interlok Edisi Murid”, silalah berhubung terus dengan Menteri
Pelajaran, kerana saya hanya melaksanakan “tugas” yang diamanahkan oleh Menteri
Pelajaran menerusi lantikan rasmi itu.
Dalam pada itu, maklumat yang saya terima
daripada “orang dalam” sendiri, terdapat usaha provokasi oleh puak tertentu
menerusi Facebook sebelum Bersih 3.0 pada 28 April 2012.
Khabarnya, puak tertentu yang tidak
bermaruah dan gemar menjadi boneka kepada kumpulan tertentu telah benar-benar mengharapkan
saya menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 bersama-sama Datuk A. Samad Said, Penasihat Agung
Kavyan.
Kononnya, puak itu bercadang untuk
sekurang-kurangnya merakam foto-foto saya bersama-sama peserta Bersih 3.0 dan
kemudian mahu menyebarkannya kepada para penerbit di negara ini. Harapan
mereka, saya akan “digam” dan karya saya tidak disiarkan di mana-mana! Juga
supaya saya boleh dilabel sebagai “pembangkang”.
Pasti sahaja “ketololan” puak itu segera
mengingatkan saya pada apa yang berlaku pada 17 Mac 2011 apabila saya bertemu
ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad – BACA DI SINI.
Apa kata, puak “kurang cerdik” itu ambil
sahaja foto saya bertemu dan berbual-bual “kosong” bersama Pak Samad dan Adam
Adli pada 4 Mei 2012 di Bangsar? Foto itu ada DI SINI.
Bukankah lebih baik jika puak berkenaan
menggunakan segala “bakat” serta “sumber kewangan” yang ada untuk menyemarakkan
aktiviti sastera dan penulisan; daripada terus menjadi “penjilat”?
Apapun, saya sangat “suka”
pada puak anti-Kavyan berkenaan kerana mereka menjadi sumber inspirasi bagi
beberapa faksyen!