9 Jan 2012

Tentang Pak Samad - 2

Sekitar 2004 dahulu, saya ada menganjurkan sebuah majlis pelancaran dan menjemput Pak Samad sebagai VIP penyempurna majlis. Justeru saya mahu menghantar kereta dan pemandu untuk menjemput beliau ke lokasi. Namun Pak Samad menolak, katanya beliau lebih senang menaiki bas dan LRT. Pak Samad bukan saja memilih pengangkutan awam untuk bergerak, namun beliau tiba setengah jam lebih awal ke lokasi pelancaran!

Asrul Muzaffar Mohammed

Bandar Sungai Long, Selangor