Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sedang mengumpulkan pandangan orang ramai mengenai perkara-perkara yang mereka kagum dengan Pak Samad yang juga Penasihat Agung Kavyan sejak 2003.
Pandangan yang diterima sebelum 31 Disember 2011 dimuatkan di blog ini sebagai bahan dokumentasi pada Januari 2012.
Orang ramai boleh mengirim pandangan untuk siaran di blog pada Februari 2012.
Begini caranya jika anda berminat untuk terlibat sama dalam usaha kecil yang sangat bermakna ini demi menghargai seorang sasterawan unggul tanah air:
Topik: “Apakah perkara yang anda kagumi mengenai Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said?”
Panjang: 20-100 patah perkataan sahaja.
Bahasa: Bahasa Malaysia sahaja.
Tarikh tutup: 31 Januari 2012, 5:00 petang (waktu Malaysia).
Hantar ke: infokavyan@yahoo.com.my (Setiap e-mel yang diterima pasti akan dibalas. E-mel yang dihantar ke alamat yang salah mustahil dapat dibalas!)
Sertakan: Nama anda (wajib), tempat tinggal (wajib), pekerjaan (pilihan), umur (pilihan), foto anda (wajib), pautan blog (pilihan).
Had umur, kaum, kewarganegaraan dan sebagainya: Tiada.
Bayaran: Tiada.
Nota: Hanya pandangan yang sesuai akan dipaparkan.