Sejak belakangan ini, saya terlibat dalam usaha menterjemah petikan cerpen-cerpen saya ke Bahasa Inggeris. Beberapa rakan di Facebook menawarkan khidmat sukarela untuk membantu.
Beberapa rakan turut bersedia menterjemah petikan beberapa cerpen terpilih ke Bahasa Tamil. Petikan-petikan ini sudah dan akan dimuatkan di blog saya untuk tatapan umum.
Dalam pada itu, pada petang 15 November 2011, saya ke Fakutli Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya untuk bertemu Encik Mannar Mannan dan Cik Salma Dhineswary. Perbincangan kami berkisar topik sastera dan penulisan; serta terjemahan karya.
Dalam kesempatan itu, saya juga sempat memperoleh cakera padat (CD) perisian ThamiZha! (¾Á¢Æ¡!) yang boleh digunakan secara mudah untuk menaip dalam Bahasa Tamil.
Perisian berkenaan berjaya dipasang pada komputer riba saya pada sebelah malam dengan bantuan Cikgu Thiruselvam; memandangkan beliau turut menggunakan perisian berkenaan dan tahu cara terbaik untuk memasangnya.
Maka, mudahlah untuk saya melakukan kerja-kerja menaip cerpen saya dalam versi Tamil untuk dipaparkan di blog. Nantikan!
Cubaan pertama memuatkan tulisan Tamil di blog telah saya lakukan pada 15 November 2011 dan sila KLIK DI SINI untuk melihatnya.