14 Nov 2011

Artikel di Oriental Daily

Saya pernah menulis sebuah artikel bertajuk “Melayu + Cina + India = 1Malaysia?” dan disiarkan di The Malaysian Insider pada 25 September 2009.

Kemudian, pada 28 September 2009, sebahagian artikel saya diterjemah ke Bahasa Mandarin dan disiarkan di akhbar Oriental Daily. Tentu sahaja ada sesuatu yang “menarik” dan “mencabar minda” sehingga membuatkan artikel saya diterjemah dan disiarkan di akhbar itu.


Keratan akhbar itu dikirim kepada saya melalui pos dan saya menerimanya pada 8 Oktober 2009. Beberapa hari lalu, semasa mengemas meja tulis, saya menemui keratan akhbar berkenaan dan memutuskan untuk menulis catatan mengenainya di blog.


Sila KLIK DI SINI untuk membaca versi asal artikel berkenaan yang didokumentasikan di blog saya. Mungkin kelompok yang masih melaungkan konsep “1Malaysia” sudah lebih memahami apa yang mereka laungkan sejak lebih dua tahun lalu. Ulang: mungkin.