13 Nov 2011

Interlok: Kejayaan Pertama

Catatan ini sebagai susulan kepada catatan saya pada 9 November 2011 – BACA DI SINI.

Pada pagi 12 November 2011, saya mendapat foto yang diambil oleh seorang pelajar Tingkatan Lima. Foto berkenaan menampilkan kulit novel Interlok Edisi Murid – cetakan 2010 dan 2011.


Syukur! Perjuangan pertama Kavyan dalam isu ini terbukti sudah berjaya: Nama Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain (Pak Lah) dicetak pada kulit buku. Sila KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut.


Perkara 1 hingga 6 dalam senarai tuntutan/pindaan yang diluluskan Menteri Pelajaran pada 23 Mac 2011 adalah berkaitan tuntutan Kavyan demi maruah dan hak Pak Lah yang dinafikan pihak tertentu.


Kini, saya dan Kavyan menunggu peluang untuk melihat keseluruhan novel berkenaan bagi memastikan kesemua 106 pindaan (pemurnian) sudah dilakukan seperti dijanjikan.


Mahu mendapatkan senarai lengkap 106 pindaan? Sila hubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my sebelum 21 November 2011.