29 Aug 2011

SPM Tanpa Interlok: Bukti Uthaya Anti Interlok?

“Uthaya yang sangat-sangat anti Interlok.”

Demikian komen pemegang akaun ‘Majlis Teater Negeri Selangor’ di Facebook sebagai reaksi kepada kata-kata “Kita kenal siapa Uthaya” oleh seorang individu pada dinding Facebook milik Amy Suzani Ainuddin pada 27 Ogos 2011.


Saya tidak mahu membazir masa dan tenaga menjawab tuduhan-tuduhan seperti itu. Biarkan Luncai dengan labu-labunya.


Sebaliknya, dalam kesibukan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menguruskan isu tuntutan royalti teks Komsas bagi beberapa rakan penulis, saya sempat menulis artikel bertajuk “SPM 2011 Tanpa Interlok”.


Percayakah anda jika saya katakan bahawa tidak menjadi apa-apa masalah sekiranya novel Interlok Edisi Murid (DBP: 2010) tidak digunakan langsung oleh calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan kertas Bahasa Malaysia pada 14 November 2011?


Ya! Mungkinkah orang seperti ‘Majlis Teater Negeri Selangor’ (rasa-rasanya, bukan nama sebenar) akan mula mengasah parang dan mengasap keris untuk memulakan perang?


Artikel berkenaan yang ditulis berdasarkan fakta, hujah, akal, rujukan dan bukti – bukan menggunakan pengasah parang dan kemenyan hantu – boleh difahami dan dibahaskan selepas DIBACA DI SINI pada 29 Ogos 2011.


Akhir kata: Lokas samastha sukhino bhavantu. Saya doakan supaya semua orang selamat dan gembira.