22 Aug 2011

Maaf, Belum Ada Berita Baik

Saya masih berharap dapat menyampaikan “berita gembira” kepada sekumpulan penulis menjelang 1 Syawal 1432.

Bagaimanapun, sebelum itu, Kementerian Pelajaran dan beberapa penerbit perlulah bersedia untuk menemui saya selaku wakil sah kepada sekumpulan penulis yang mengadu bahawa hak royalti dan hak cipta mereka dinafikan selepas karya mereka dipilih menjadi teks Komsas.


Apabila saya menulis artikel “Komsas Abai Hak Cipta?” dan “Pe(r)juang(an) Interlok” minggu lalu, saya mengharapkan reaksi positif dan profesional daripada pihak terbabit bagi menyelesaikan masalah.


Sebaliknya pula yang berlaku di mana kelemahan dan “nanah” pelbagai pihak mula terdedah sejak seminggu lalu.


Sudilah membaca perkembangan “kes terpencil” ini menerusi artikel “Komsas: Penulis Teraniaya” dan “Apabila Penerbit Ada Peguam” pada 22 Ogos 2011.


Saya akan menghubungi beberapa pihak berwajib untuk menguruskan pertemuan ke arah penyelesaian terbaik terhadap isu ini.


Apa yang pasti, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) tidak akan berpeluk tubuh melihat golongan penulis dianiaya dan diperlekeh.


Saya juga sedang mengumpul senarai peguam yang sudi menghulurkan khidmat secara pro bono (sukarela) kepada kumpulan penulis terbabit.


Sokongan moral orang ramai – khasnya para penulis – amat diharapkan demi memastikan hak penulis sebagaimana termaktub dalam Akta Hak Cipta 1987 terus terpelihara.


Ikuti juga perkembangan mutakhir di Facebook [KLIK DI SINI].