
Cerpen berkenaan pertama kali disiarkan di majalah Pelita Bahasa (Disember 2005) sebelum dimuatkan dalam Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia (2009).
Saya melakukan rakaman pembacaan secara amatur menggunakan MP3 pada 9 Ogos 2011 sebagai salah satu usaha Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) memasyarakatkan sastera dan menggalakkan orang ramai menikmati cerpen dalam bentuk baru.
Rakaman cerpen “Dengarlah, Sayang” adalah dalam format MP3 dan panjangnya hampir 19 minit.
Sila maklum bahawa rakaman MP3 ini boleh disebarkan kepada sesiapa secara percuma tetapi hak cipta karya, hak penerbitan dan harta intelek tetap dipegang oleh saya mengikut Akta Hak Cipta.