Semasa ibu bapa mengadakan perhimpunan aman di hadapan sekolah dengan kawalan polis pada 11 Mei 2011, pengetua mengatakan kepada orang di sekolah bahawa kami semua sudah kena angkut dalam lori polis ke balai polis. Pelajar pun dengar kata-kata itu.
Siapa cakap macam tu?
Pengetua bolehlah tanya sendiri kepada semua pelajar dan semua guru di sekolah ini. Mereka semua boleh jadi saksi. ... Selepas pengetua sebarkan berita palsu itu, ramai pelajar beritahu ibu bapa dan ibu bapa pun tanya kami betulkah peserta perhimpunan aman ditangkap polis. Sedangkan polis yang berada di depan sekolah pada 11 Mei sangat baik dan bercakap dengan kami semua secara baik.
Saya pun dapat mesej pukul 1:00 pagi mengatakan kamu semua (ibu bapa) nak piket pada pukul 10:00 pagi. Saya pun hairan. Macam mana orang kata orang Kementerian Pelajaran nak datang pukul 10:00 pagi. Saya pun tak tahu. Jadi, pihak polis bagi saya maklumat.
Sekarang, encik, puan ... give a chance, berikan peluang. Jangan tutup cerita lagi. Jangan patah hati lagi. Kita bagi pengetua untuk ambil tindakan. Encik dan puan (ibu bapa) sudah berikan banyak maklumat; sudah luahkan isi hati. Pengetua sepatutnya tahu apa dia perlu buat.
Kami rasa sudah terlewat untuk beri peluang. Kalau nak tunggu setiap ibu bapa datang, baru pengetua mahu ambil tindakan terhadap pihak yang bersalah, itu tak betul. Perlu proaktif dan jalankan tugas tanpa perlu ibu bapa datang mengadu seperti ini. Bukan tunggu ibu bapa lapor kepada media dan Putrajaya, lalu pihak atasan mahu turun buat siasatan, baru pengetua mahu ambil tindakan. Kalau Kementerian Pelajaran arahkan siasat dan ambil tindakan, baru ambil tindakan, itu maknanya gagal melakukan tugas! Untuk menjadi pengetua, tentulah perlu ada kelayakan tertentu. Fahamkah? Tentulah sudah sedia tahu tugas; bukan tunggu diarah kementerian atau ibu bapa datang berhimpun depan sekolah, baru nak buat kerja. Kalau diarah, baru nak buat, it’s too late. ... Cadangan kami, kalau puan pengetua mahu diberi satu lagi peluang, maka eloklah mohon bertukar ke sekolah lain dan mulakan sebagai pengetua yang benar-benar berkaliber. Fahamkah? Kalau mahu kekal di sini dan minta diberi peluang kedua, orang keliling akan persoalkan kredibiliti puan. Pertukaran adalah biasa dalam pentadbiran. Kalau gagal melaksanakan tugas, maka kakitangan ditukar ke tempat lain dan diberi peluang kedua untuk membaiki prestasi. Elok mohon berpindah; baik untuk puan dan baik untuk semua. Sekali sudah menjahanamkan keadaan, susah nak baiki. Selepas segala apa yang berlaku sejak beberapa tahun lalu, susah puan nak pulihkan imej dan kredibiliti di sini. Tetapi boleh mulakan lembaran baru di tempat baru dengan imej positif yang baru. ... Kami boleh sahaja pindahkan anak kami ke sekolah lain, tapi risau mengenangkan nasib pelajar lain sekiranya pengetua ini kekal sebagai pengetua di sini. ... Mengenai perbincangan hari ini, terus terang, kami tidak puas hati sebab tiada apa-apa tindakan oleh sekolah. Sampai kami terpaksa hubungi media dan sebagainya.
Sekarang, beginilah, saya akan minta pihak sekolah tengok anak encik. Kalau ada pelajar yang cuba ugut dia (mangsa buli), cepat-cepat beritahu pihak sekolah.
Nasihat itu memang sudah kami beri kepada anak kami.
Kami datang dari JPS dan PPD untuk lihat keadaan sekolah. Kami datang untuk melihat perkembangan siasatan kes mangsa buli; kami tidak tahu langsung ada pertemuan ini bersama ibu bapa mangsa buli.
Tapi surat yang dihantar kepada kami menyatakan ada salinan dihantar kepada JPS dan PPD. Jadi, kami andaikan JPS dan PPD sedia maklum, tapi nampaknya tuan-tuan tidak tahu.
Jadi, maksudnya, ini memang sekolah panggil puan datanglah? Tapi kami datang untuk lihat perkembangan kes.
Saya tak panggil mereka (JPS dan PPD). Salinan itu untuk beritahu JPS dan PPD sahaja; bukan panggil mereka datang. Saya pun hairan mengapa mereka (JPS dan PPD) datang.
Berdasarkan maklumat-maklumat yang encik dan puan beri tadi, kami kumpul. Kami dapat maklumat-maklumat yang mungkin tak ada pada kami. Selepas ini, kami akan berjumpa dengan kaunselor pula. ... Mungkin ada perkara yang pengetua tak nampak. Mungkin berlaku di luar sekolah ...
(memintas) Jadi terima kasihlah beritahu kepada kami, jadi itu satu maklumat.
Malangnya, kami sedih kerana pengetua tidak proaktif. Sangat lambat bertindak dalam kes ini. – Tamat