17 May 2011

Sin Chew Daily

Akhbar Sin Chew Daily pada 12 Mei 2011 menyiarkan berita dengan tajuk besar, “Tidak Puas Hati kerana Pengetua Tidak Peduli Disiplin Sekolah Yang Semakin Merosot” dan tajuk kecil, “Ibu Bapa Kemuka Rayuan”.

Dilaporkan bahawa sekitar 50 ibu bapa berkumpul di hadapan sekolah bersama sepanduk (kad manila) untuk menunjukkan rasa tidak puas hati tentang cara pengetua sekolah menangani masalah disiplin dan beberapa kes melibatkan pelajar.


Foto yang dimuatkan menunjukkan polis menyoal beberapa ibu bapa sebelum mereka mengadakan perhimpunan aman.


Berita iringan pula mengenai seorang ibu, Sally Quah yang menyatakan kerisauan mengenai keselamatan anak-anak berikutan kegagalan pengetua menangani kes-kes di sekolah.


Satu lagi berita iringan bergambar adalah mengenai pelajar yang menconteng dinding bangunan sekolah untuk meluahkan protes terhadap pengetua.