16 May 2011

Hasil Perbincangan – Bahagian 3

Sila rujuk catatan awal DI SINI sebelum meneruskan pembacaan. ... Saya paparkan sedikit demi sedikit di blog ini apabila ada masa terluang. Untuk memudahkan pembacaan, saya menggunakan tiga warna: Ibu BapaPegawai JPS/PPDPengetua.

Sekarang sudah ada polis ditempatkan di depan sekolah dan ini tentu ada kaitan dengan keselamatan pelajar sekolah.


Polis jaga, bukan disebabkan sekolah tapi sebab ibu bapa yang nak ganggu sekolah. Ibu bapa kata pelajar takut tapi kedatangan pelajar sebenarnya semakin meningkat. Kenapa ibu bapa cuba takutkan pelajar (anak-anak)?


Tapi adakah itu maknanya disiplin terjaga? Bahawa sekolah menjamin keselamatan pelajar? Pembuli masih berkeliaran bebas di sekolah tanpa apa-apa tindakan. Cara pakaian dan penampilan mereka tak patuh pada peraturan dan disiplin sekolah. Kalau pengetua boleh ambil tindakan tegas, tentu mereka akan berubah jadi baik. Tak adalah kes berulang seperti apa yang sudah berlaku.


(menukar topik) Saya nak tanya, kenapa surat undangan minta kamu sahaja datang tapi ada dua orang datang bersama kamu? (Merujuk kepada dua individu yang hadir bersama ibu bapa itu sebagai penasihat.)


(memintas) Tuan dan puan datang bawa kes. Mungkin ibu bapa lain juga akan bawa kes lain tentang betapa teruknya pengetua dan sekolah ini. Maka nama baik sekolah akan terjejas. Jadi, mari kita cuba selesaikan masalah. Jabatan (JPS) akan ambil tindakan untuk bantu sekolah ini, bantu guru-guru sekolah ini. ... Mengenai kes 13 April, saya bincang dengan pengetua, dia kata nak ambil tindakan. Tapi tiba-tiba ada kes besar pada 20 April. Dia (pengetua) terlupa kes 13 April sebab nak selesaikan kes 20 April. Laporan pengetua di sini mengatakan: “Setelah meneliti turutan peristiwa tersebut, unit disiplin sekolah ini mendapati pelajar-pelajar ini sengaja mencetuskan pergaduhan tanpa sebab. Sehubungan dengan itu, unit disilpin mencadangkan supaya pelajar-pelajar yang terlibat dikenakan tindakan yang keras.” Bermakna, selepas disiasat, didapati betul, memang ada kes itu pada 13 April. Pengetua mahu ambil tindakan tetapi kerana ibu pelajar sudah buat laporan polis, polis kata akan panggil pelajar terbabit (pembuli) untuk ambil keterangan. Jadi, sekolah kena tangguhkan dulu tindakan ke atas lapan pembuli itu. Sekolah tak boleh ambil tindakan dengan segera. Perlu panggil ibu bapa dulu.


Tapi sekolah tak pernah panggil kami.


Tak, maksud saya, ibu bapa lapan pelajar itu (pembuli).


Ada yang kami nak gantung sekolah. Tapi apabila kami panggil, mereka (ibu bapa) tidak datang.


Tapi, apabila kami datang jumpa pada 15 April, pengetua kata tak mahu terlibat sebab sudah jadi kes polis. Jadi, saya tak boleh terima alasan yang diberi sekarang.


Belum lagi saya nak siasat kes 13 April, satu lagi kes datang (20 April).


Berdasarkan apa yang encik dan puan ceritakan, kami sudah nampak keadaan yang wujud di sekolah ini. Kami bagi pihak JPS minta maaf kepada encik dan puan (ibu bapa).


Apa perlu JPS minta maaf sedangkan JPS tidak bersalah? Yang bersalah ialah puan pengetua. Segala isu, masalah serta salah guna kuasa dan perbuatan merosakkan nama baik sekolah, profesion perguruan dan imej JPS, PPD dan Kementerian Pelajaran ialah puan pengetua ini. Perkara ini terbukti sejak empat tahun lalu.


Sila nantikan sambungan pada masa depan – DI SINI.