16 May 2011

Hasil Perbincangan – Bahagian 2

Sila rujuk catatan awal DI SINI sebelum meneruskan pembacaan. ... Saya paparkan sedikit demi sedikit di blog ini apabila ada masa terluang. Untuk memudahkan pembacaan, saya menggunakan tiga warna: Ibu BapaPegawai JPS/PPDPengetua.

Kalaulah pengetua ambil tindakan segera selepas kes anak saya dipukul pada 13 April 2011, tentulah kes pergaduhan besar-besaran (rusuhan) pada 20 April tidak berlaku, kerana ia melibatkan pelajar (pembuli) yang sama. Bahagian mana dalam pekeliling Kementerian Pelajaran yang kata sekolah tindak boleh ambil tindakan terhadap pembuli kalau ibu bapa mangsa buli yang cedera sudah buat laporan polis? Nampak sangat pengetua sengaja lepas tangan cari jalan mudah tolak tanggungjawab kepada polis. ... Malah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga tidak dimaklumkan langsung tentang kes itu. Yang Dipertua PIBG sendiri akui. ... Kawan anak kami, walaupun berlainan kaum, masih tampil beri keterangan bertulis dan sanggup jadi saksi bahawa anak kami dibuli dan dibelasah.


Satu set laporan saksi, laporan cikgu, laporan polis sudah dihantar ke Putrajaya (selepas surat aduan dan petisyen dihantar ke Putrajaya).


Mana laporan asal (original) keterangan bertulis saksi (kawan mangsa buli)?


Hilang. Original pun tak ada di atas meja saya.


Kami juga sedih dan kecewa sebab pengetua tidak pernah hubungi kami untuk ajak berbincang atau bertanya keadaan anak. Tiada apa-apa tindakan.


Saya nak tanyalah, dalam laporan polis (bertarikh 13 April 2011), puan ada sebut bahawa puan terima panggilan telefon daripada seorang guru disiplin yang memaklumkan anak puan dipukul. Siapa guru itu?


Itu bukan persoalan. Ramai guru di sekolah ini kenal saya dan ada simpan nombor saya. Mereka prihatin dan hubungi saya.


Bagi tau, bagi tau. Saya mahu tahu siapa guru yang telefon.


Puan [nama guru] yang telefon saya untuk maklumkan.


Dalam laporan polis, puan mengatakan, seorang guru disiplin menelefon puan. Tapi orang itu bukan guru disiplin tapi dia [jawatan].


Saya rasa bukanlah penting sangat sama ada orang itu guru disiplin atau [jawatan], tapi dia tetap kakitangan sekolah ini yang prihatin dan hubungi saya. Bukan macam pengetua yang langsung tak hubungi saya. Saya datang dan bawa anak saya ke hospital kerana bimbang melihat anak saya cedera dan berdarah.


Tindakan ibu bapa datang ke sekolah selepas menerima panggilan telefon dan bawa anak ke hospital memang tindakan yang wajar. ... Apabila saya baca dengan teliti maklumat kes ini, saya dapati memang sekolah kena ambil tindakan. Saya akan teliti balik. Lapan pelajar yang membuli dan membelasah anak encik dan puan memang perlu diambil tindakan.


Hari Rabu ini (18 Mei 2011), akan dibawa kepada pendakwaraya. Jumaat lepas (13 Mei 2011) pun polis panggil dua saksi.


Hukuman tetap akan dikenakan terhadap pelajar (pembuli) terbabit. Cuma, kita kena ambil kira bahawa siasatan polis juga sedang berlangsung. Tindakan ibu bapa dalam kes ini memang tidak salah.


Terima kasih. Tapi kami kecewa cara pengetua layan dan cakap kepada kami pada 15 April apabila kami datang untuk berbincang. Malah, kami terpaksa menunggu hampir dua jam sebelum dilayan. Kalaulah pengetua boleh berbincang secara baik dengan kami hari itu, tentu masalah dapat diselesaikan dengan baik. Sikap lepas tangan pengetua buatkan kami risau akan keselamatan anak kami dan pelajar lain di sekolah ini.


Sila ikuti sambungan – DI SINI.