21 Apr 2011

Sidang Media oleh Ibu Bapa

Sekumpulan ibu bapa kepada pelajar sebuah sekolah menengah di Shah Alam akan mengadakan sidang media pada 9:30 pagi, 21 April 2011.

Wakil mereka, Stephen Perumal Velu (foto) berkata, sidang media itu akan dibuat sebagai meluahkan rasa tidak puas hati ibu bapa terhadap rusuhan kaum dalam kalangan pelajar pada 20 April 2011.


“Kami terkejut apabila mendapat tahu bahawa puan pengetua dan Yang Dipertua PIBG langsung tidak memaklumkan beberapa kes besar kepada PPD dan JPS selama ini,” katanya kepada wakil media, pagi ini.


Kumpulan ibu bapa itu juga akan pergi ke sekolah untuk bertemu pengetua bagi mendapatkan penjelasan sebelum ke balai polis untuk membuat laporan rasmi.


Wakil media yang berminat menghadiri sidang media ini boleh menghubungi Uthaya Sankar SB (016-3288142) untuk maklumat lanjut mengenai lokasi sidang media.


Uthaya Sankar SB adalah pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya (Uthaya’s Media, Motivation and Publication Consultancy) yang turut menyediakan perkhidmatan rundingan media secara percuma kepada anggota masyarakat yang memerlukan panduan cara-cara bekerjasama dengan media.