Sebuah faksyen berjudul “Anda, Sebuah Kontroversi dan Keahlian Sebuah Parti” disiarkan di blog saya (www.uthayasb.blogspot.com) pada 20 Mac 2011.
Faksyen berjudul “Panduan Lulus Komsas Zon 2” disiarkan menerusi kolum mingguan saya di portal berita Free Malaysia Today (FMT) pada 21 Mac 2011.
Manakala, faksyen berjudul “Interlok: Konspirasi Membunuh” disiarkan menerusi kolum mingguan saya di portal berita The Malaysian Insider (TMI) juga pada 21 Mac 2011.
Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai ketiga-tiga faksyen itu; sebaliknya menyerahkan kepada khalayak untuk membuat ulasan, analisis, penilaian, penghakiman dan sebagainya.
Cuma permintaan saya adalah supaya dalam segala rujukan terhadap mana-mana faksyen ini – khususnya oleh wakil media – perlu dinyatakan bahawa ia adalah sebuah “faksyen”; misalnya:
Uthaya Sankar SB mengemukakan teori konspirasi itu menerusi sebuah faksyen berjudul “Interlok: Konspirasi Membunuh” yang disiarkan menerusi kolum mingguannya di sebuah portal berita (The Malaysian Insider) pada 21 Mac 2011.
atau
Demikian menurut Uthaya Sankar SB dalam “Panduan Lulus Komsas Zon 2” iaitu sebuah faksyen yang disiarkan di kolum mingguannya di sebuah portal berita (Free Malaysia Today) pada 21 Mac 2011.
atau
Uthaya Sankar SB membuat penjelasan itu menerusi faksyen “Anda, Sebuah Kontroversi dan Keahlian Sebuah Parti” yang disiarkan menerusi blognya (www.uthayasb.blogspot.com) pada 20 Mac 2011.