Sunday, 12 December 2010

Layang-layang

Saya memandu dari Shah Alam, Selangor ke Kamunting, Perak pada pukul 6:30 pagi dan sampai di rumah ibu Prabhawathy sekitar 9:30 pagi. Sepanjang perjalanan, saya mendengar cakera padat (CD) audio novel The Given Day. Setiap CD panjangnya sekitar sejam; maka saya sempat mendengar tiga CD.
.

Selepas bersarapan, berehat dan berbual-bual bersama Devishi Prabha Sankari, kami berdua pergi ke rumah sepupu Devishi untuk berbual-bual. Ambigah dan Dhanesh tiada; maka kami berbual bersama ibu bapa mereka.

.

Seterusnya, atas permintaan Devishi, kami berdua ke rumah bapa saudara Prabha. Sudah hampir lima tahun saya tidak bertemu mereka. Kami berbual-bual sebentar; khususnya mengenai Kuil Krishnar di Kampung Boyan yang sedang dalam proses pembinaan semula dan memerlukan bantuan dana.

.

Pada tengah hari, Devishi dan saya balik ke rumah neneknya untuk makan tengah hari. Kemudian, saya, Devishi, Prabha dan ibunya ke Kampung Kedah, Parit Buntar di mana Prabha mahu membeli stok lampu kecil yang diperbuat daripada tanah liat untuk kegunaan di kuil. Seperti biasa, saya merakam foto kennagan menggunakan telefon bimbit.

.

Pada sebelah petang, saya dan Devishi ke Taman Tasik Kamunting yang terletak di seberang jalan di hadapan rumah neneknya. Mujurlah layang-layang yang saya beli beberapa tahun lalu masih ada di dalam but kereta. Maka, kami berdua bermain layang-layang di taman itu. Devishi ternyata amat seronok melihat layang-layang terbang tinggi. Sila KLIK DI SINI untuk melihat foto-foto di Facebook.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!