Sunday, 14 November 2010

Catatan III: Pertemuan Bekas Pelajar SMDR

Catatan ini adalah sambungan kepada Catatan I yang boleh dibaca DI SINI.
..

Sijil Kehadiran

Bekas pelajar yang telah mengesahkan kehadiran lebih awal dan hadir pada majlis ini diberi Sijil Kehadiran yang ditandatangani Encik Rusli, Encik Bala, Cik Pragassam, Puan Hadebah dan Encik Sevanesen. Walaupun tentu sahaja sijil ini tidak boleh digunakan untuk mencari kerja, ia menjadi bahan dokumentasi dan momento berharga.
.

Ucapan Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras

Ghanthimathi dalam ucapannya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang menunjukkan komitmen padu dan hadir pada majlis ini. Rakaman terima kasih juga kepada Alina Isa, Amy Meenambigai, Zarith Sophina, Navaneetha dan Zul Fikar Ali yang memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos majlis. Terima kasih juga kepada Kumpulan Media Karangkraf yang memberi sumbangan majalah sebagai cenderamata dan akhbar Sinar Harian yang beberapa kali menyiarkan maklumat mengenai pertemuan ini. Walaupun pertemuan pertama ini hanya dapat diadakan dalam skala kecil dengan jumlah kehadiran 22 orang, namun ia tetap istimewa dan sangat bermakna, serta menjadi titik permulaan bagi kejayaan lebih besar.
.

Resolusi

Semua yang hadir sebulat suara bersetuju supaya pertemuan bekas pelajar SMDR dijadikan acara tahunan dan pertemuan rasmi seterusnya adalah pada Oktober/November 2011. Sementara itu, semua yang hadir diminta berusaha menyebarkan maklumat kepada rakan-rakan serta mengumpulkan nombor telefon seramai mungkin bekas pelajar SMDR/SMKDR supaya pertemuan pada 2011 dapat diadakan dalam skala lebih besar.
.

Sekitar 12:30 tengah hari

.

Kunjungan ke alma mater

Hadirin berkonvoi ke SMKDR untuk mengadakan lawatan berkumpulan ke alma mater yang banyak meninggalkan kenangan. Sambil berjalan sekeliling sekolah, guru-guru dan bekas pelajar berkongsi kisah lama. Memang sudah ada banyak perubahan secara fizikal sekarang tetapi kenangan lama penuh nostalgia tetap ada. Peserta turut merakamkan foto sebagai kenangan. Foto berkumpulan juga diambil untuk disiarkan di akhbar Sinar Harian dan Swet Fan bertindak sebagai jurufoto. Memandangkan langit mula redup, acara ditamatkan sekitar pukul 2:00 petang dengan harapan akan bertemu lagi.
.

Foto Kenangan

Foto-foto yang dirakam oleh Uthaya sepanjang pertemuan ini boleh dilihat DI SINI (Album 1) dan DI SINI (Album 2). Rakan-rakan lain turut memuatkan foto di Facebook; misalnya Surendran (DI SINI)
.

Susulan

Laporan bergambar satu muka mengenai pertemuan ini disiarkan di akhbar Sinar Harian (edisi Perak) pada 11 November 2010 dan laporan berkenaan boleh dibaca DI SINI. Uthaya dan Ghanthimathi juga akan mengusahakan pertemuan dengan Alina Isa, Amy Meenambigai dan Zarith Sophina untuk menyampaikan Sijil Penghargaan atas sumbangan ikhlas yang diberikan bagi menjayakan majlis. Pertemuan tidak rasmi dalam kumpulan kecil bekas pelajar SMDR juga wajar diadakan sementara menanti pertemuan besar pada Oktober/November 2011. Maklumat (nombor telefon dan alamat e-mel) rakan-rakan bekas pelajar SMDR boleh disalurkan kepada Uthaya (uthayasb@yahoo.com.my atau 016-3288142) untuk memudahkan urusan pertemuan akan datang.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!