
.
Biasanya, dalam UPSR, adik-adik akan diminta menceritakan pengalaman menyertai sesuatu acara, melawat sesuatu tempat, menyaksikan sesuatu kejadian atau menghadiri sesuatu majlis.
.
Apabila menulis karangan seperti ini, adik-adik boleh menggabungkan pengalaman sendiri, kisah yang pernah dibaca serta daya imaginasi dan rekaan. Maka, akan lahirlah sebuah cereka yang menarik untuk dibaca.
.
Adik-adik digalakkan memasukkan dialog (perbualan) yang sesuai bagi menggambarkan apa yang berlaku dalam cerita. Masukkan watak (nama) yang sesuai dengan cerita; misalnya “saya”, “emak”, “Raman”, “Susan” dan “Encik Leong”. [FORMAT BAHARU 2016 DALAM MASA TERDEKAT - KLIK DI SINI]
(Panduan ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB berdasarkan Bengkel Cereka UPSR anjuran Kavyan dan disiarkan dalam majalah e-baca, Julai 2010. Ikuti Bahagian Empat - KLIK DI SINI.)