17 Sept 2010

Cereka UPSR - Menyambung Cerita

[Klik DI SINI untuk Bahagian Satu]
.
Karangan jenis menyambung cerita sangat menarik kerana adik-adik boleh menggunakan daya imaginasi dan kreativiti untuk menghasilkan sebuah cerita rekaan yang menarik dan sedap dibaca.
.
Kalau adik-adik rajin membaca buku cerita, tentu sahaja adik-adik tidak akan menghadapi masalah mendapatkan idea untuk menulis karangan jenis ini.
.
Soalan: Saya bersama ayah, ibu dan abang sedang dalam perjalanan pulang dari kampung. Tiba-tiba, ayah menekan brek kereta. Kereta kami berhenti di tepi jalan dan kami segera keluar. Saya melihat ... Mulakan karangan kamu dengan “Saya melihat ...”
.
Adik-adik bolehlah cuba menulis sebuah karangan sepanjang 80 patah perkataan berdasarkan tajuk di atas. [BACA PANDUAN MENGIKUT FORMAT BAHARU 2016 DI SINI]
.
(Panduan ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB berdasarkan Bengkel Cereka UPSR anjuran Kavyan dan disiarkan dalam majalah e-baca, Jun 2010. Ikuti Bahagian Tiga - KLIK DI SINI.)