8 Aug 2010

Kronologi di Gaza

Sambungan DARI SINI.
.

Mac 2008 - Sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh dalam serangan Israel yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai penggunaan kekerasan secara tidak adil.

.

Jun 2008 - Pejuang Hamas dan tentera Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata. Pejuang Hamas tidak akan melakukan serangan terhadap Israel dan rejim Zionis pula akan mengurangkan sekatan di Gaza.

.

4 November 2008 - Israel mengenakan sekatan di semua pintu masuk ke Gaza selepas menuduh pejuang Hamas melakukan serangan peluru berpandu ke atas beberapa bandar di Israel. Krisis kemanusiaan semakin buruk di Gaza kerana bantuan kemanusiaan turut disekat rejim Zionis.

.

19 Disember 2008 - Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) terpaksa menghentikan penyaluran bantuan di Gaza selepas semua pintu sempadan disekat Israel.

.

27 Disember 2008 - Tentera Israel melakukan serangan selama 23 hari menerusi Operation Cast Lead dengan alasan mahu menghalang pejuang Hamas meneruskan serangan ke atas Israel.

.

19 Januari 2009 - Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sekurang-kurangnya 5,380 orang cedera dalam serangan selama 23 hari oleh tentera Israel. Angka itu termasuk 1,872 kanak-kanak dan 800 wanita.

.

(Disiarkan di halaman Global, Sinar Harian, 6 Ogos 2010)

.

Februari 2010 - Ribuan penduduk Palestin di Gaza menjadi mangsa berikutan krisis kemanusiaan akibat sekatan Israel.

.

Mac 2010 - Benjamin Netanyahu mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Israel.

.

April 2010 - Kesan daripada Operation Cast Lead (Disember 2008), hampir 150,000 penduduk Gaza masih menghadapi masalah bekalan air bersih.

.

Mei 2010 - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertemu Netahyahu dan menggesa pembentukan negara Palestin yang merdeka disegerakan.

.

31 Mei 2010 - Sembilan aktivis kemanusiaan dibunuh tentera Israel semasa menyertai flotila enam kapal yang membawa 10,000 tan makanan kepada penduduk di Gaza. Serangan ke atas kapal Mavi Marmara dilakukan di perairan antarabangsa.

.

Jun 2010 - Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan agensi bantuan kemanusiaan mengeluarkan kenyataan bahawa sekatan Israel sejak 9 Jun 2007 menghalang pembangunan semula di Gaza. Rejim Zionis pula bersetuju mengurangkan sekatan jika tentera Israel yang ditahan sejak 2006 dibebaskan pejuang Hamas.

.

5 Jun 2010 - Kapal Rachel Corrie ditahan di perairan antarabangsa dan dipaksa berlabuh di Pelabuhan Ashdod, Israel.

.

Julai 2010 - Israel berjanji akan mengurangkan sekatan di sempadan Gaza serta mengeluarkan senarai barangan yang boleh dibawa masuk melalui jalan darat. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menegaskan bahawa hanya pemansuhan sepenuhnya sekatan Israel boleh membantu memulihkan masalah di Gaza dan Tebing Barat.

.

14 Julai 2010 - Kapal Amalthea yang membawa 2,000 tan bantuan kemanusiaan dari Libya terpaksa berlabuh di Pelabuhan El Arish, Mesir selepas diberi amaran oleh tentera Israel.

.

30 Julai 2010 - Serangan udara oleh tentera Israel mengorbankan seorang pejuang Hamas dan mencederakan beberapa orang awam.

.

5 Ogos 2010 - Israel membebaskan kapal Mavi Marmara milik Turki.

.

6 Ogos 2010 - Wartawan Meja Global akhbar Sinar Harian, Farah Zamira Farush Khan, bertolak ke Gaza dan melaporkan perkembangan mutakhir dari semasa ke semasa di halaman Global.

..

(Disiarkan di halaman Global, Sinar Harian, 7 Ogos 2010) - Klik DI SINI untuk perkembangan berkaitan kapal Mavi Marmara.